Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum.

Hari ini , "Hari Guru" disambut di seluruh Malaysia serentak walaupun hari guru yang sebenarnya jatuh pada 16hb Mei. Saya hanya menerima 2 sms yg wish saya hari guru. Terima kasih kepada pengirim yg masih mengingati saya. Sebenarnya saya tidak "expect" untuk menerima sms tersebut atas 2 sebab:- 1. saya bukannya "Guru" 2. saya sekarang adalah seorang "Pelajar". Sebenarnya fakta pertama boleh ditolak kerana tahun sebelum ini saya menerima banyak sms wish kpd saya...Apa yg bermain di sudut hati saya adalah...saya bukan lagi KOORDINATOR yg tidak mempunyai kepentingan kpd pelajar2 pd masa sekarang....Mungkin....

Kepada students....label pendidik adalah lebih tinggi daripada taraf pensyarah. Saya pasti semua pensyarah mahu dilabelkan sebagai Pendidik atau Guru.
Akhir sekali SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK terutama Pensyarah-pensyarah CS110 UiTM Melaka. Semoga anda membawa label "pendidik" semasa memberi "syarahan".

Wassallam
xkoordinator

Friday, May 8, 2009

Hasil Perbentangan Latihan Praktikal Mei 2009

Alhamdulillah, pelajar CS110 yang menjalani latihan di Melaka dan Negeri Sembilan telah selamat membentangkan system mereka di sini. Mudah-mudahan semua pelajar berjaya lulus latihan praktikal ini. Hasil pemerhatian saya sepanjang pembentangan oleh pelajar ini, antaranya :
1. Ada pelajar yang dapat membentangkan sistemnya dengan baik
2. Sistem yang dibangunkan tidak memenuhi keperluan latihan praktik, mungkin skop kecil – sekadar menyimpan, mengemaskini maklumat dan menghasilkan report sahaja.
3. Ada sistem masih ada error.(run-time)
4. Sistem yang dibangunkan tidak menepati objektif. Contohnya objektif utama untuk mengantikan sistem manual kepada sistem komputer, tetapi masih perlu menggunakan sistem manual.
5. Tidak menerangkan apakah tugas yang dijalankan semasa latihan industri.
6. Laporan praktikal tidak mengikut format.
7. ERD, Context Diagram dan DFD ada lagi yang silap dan tidak lengkap.

Ini adalah di antara kelemahan-kelemahan yang telah saya kenalpasti. Walau bagaimana pun, tahniah kepada yang dapat membentangkan dengan baik dan menjawab soalan daripada panel dengan lancar.

Kepada yang telah ditegur, ambillah ini sebagai pengajaran dan cabaran. Pensyarah-pensyarah panel sebenarnya bukan untuk mencari salah, tetapi ingin memperbetulkan supaya tidak terbawa-bawa kesalaha yang sama ke alam pekerjaan dan bagi yang akan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah, boleh digunakan di sana nanti. Cabaran-cabaran begini, pelajar perlu hadapi, kerana kita sebagai pelajar Sains Komputer, antara produk kita adalah sistem. Di dunia pekerjaan, kita tidak boleh anggap semua orang tahu mengenai sistem, kerana mereka datang daripada pelbagai latarbelakang seperti bsines, akaun dll, jadi kita yang perlu bertanggungjawab menerangkan bagaimana sistem manual boleh di computerised kan.

So, kepada yang telah habis menjalani latihan pratikal, apakah yang anda dapat daripada latihan ini? Dan kepada yang baru hendak menghadapai, pelajar PART 5, apakah persediaan anda untuk menghadapi latihan praktikal?

Sebenarnya, latihan industri merupakan satu keperluan kepada graduan sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan yang penuh mencabar dan onak duri selepas tamat belajar nanti. Apapun, sebagai pekerja di syarikat atau pejabat kerajaan (terutamanya bekerja berkaitan IT) yang baru, anda harus setkan di minda anda bahawa anda sama-sama bekerja untuk memajukan syarikat atau menjaga imej jabatan.
Di sini, saya berikan beberapa tips sebagai panduan anda untuk menghadapi latihan industri dengan mudah :
1. Fahami organisasi syarikat dan kaji fungsi setiap jawatan. Ketahuilah bahawa sesebuah organisasi terdiri daripada 4 kerangka utama iaitu : Organisasi, Fungsi, Politik, dan Budaya. Jika anda memahami setiap satunya, tiada masalah ketika bekerja.

2. Berkenalan dengan orang sekeliling anda dan lontarkan senyuman anda . First Impression Makes Everything Possible.

3. Fahami tugas anda dan laksanakan dengan tekun. JIka anda tidak faham dan tidak berupaya untuk melakukan tugas yang diberikan, segera bertanya atau beritahu kepada penyelia ditempat anda bekerja. Ini mengelakkan anda dimarahi Bos kerana (terutama syarikat swasta IT) mementingkan kualiti kerja dan dapat menyiapkan tugas yang diberikan tepat pada masanya.

4. Sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik pada pekerja lain serta fokus pada kerja.

5. Selalu mengemaskini laporan Latihan Praktikal anda dan peka pada tarikh kedatangan Penyelia (dari tempat anda belajar) ke tempat kerja anda.

Lastly, semoga semua sukses. Pelajar part 6, semoga berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Kepada yang tidak berjaya melanjutkan pelajar, buat lah sesuatu yang berfaedah seperti mencari pekerjaan, bisnes.

Kepada pelajar part 5, selamat menjalani latihan praktik.

Kepada pelajar yang menjalani latihan praktikal di Selangor dan Johor, selamat membentangkan sistem/projek anda.

Thursday, May 7, 2009

Kerjaya Pilihan Lepasan Graduan Sains Komputer

Pernahkah anda semua terfikir apakah kerjaya pilihan anda sebagai pelajar Sains komputer? Di sini saya akan menjelaskan apakah kerjaya / pekerjaan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT sama ada IPTA atau IPTS.

Mengikut statistik dari Kementerian Pengajian Tinggi, bilangan graduan tersebut melebihi 25 000 orang dari tahun 2001 - 2007. Oleh itu, ramai di luar sana tertanya-tanya dan mempersoalkan apakah kerjaya graduan-graduan tersebut sedangkan pasaran kerja sekarang tidak menentu.

Mengikut laporan dari JobStreet.com [rujukan], pasaran kerja dalam industri IT, Komputer dan Pembangunan Sistem masih lagi mendapat 3 teratas selepas industri Pembuatan dan Elektronik.Ini menunjukkan bahawa peratus popular kerjaya graduan IT & Sains Komputer masih di tahap membanggakan bukan seperti yang diwarwarkan oleh media kebekangan ini.

Mengikut artikel JobStreet.com tersebut, industri pembuatan dan elektronik juga memerlukan kepakaran dari bidang IT atau Komputer. Oleh itu, inilah fakta yang patut dibanggakan seterusnya menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada graduan IT dan Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian, Bioinfomatik, Grafik, Komputer Industri, Sains Maklumat dan sebagainya).

Di sini disenaraikan apakah kerjaya / pekerjaan / jawatan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT :

1. Pengaturcara
Jawatan pengaturcara terdiri dari beberapa istilah contohnya (sumber dari JobStreet.com) Software Developer, Java Developer, .Net Expertise, Web Developer, Multimedia Programmer, Software Engineer (Electronic) dan sebagainya. Bakal pemohon jawatan tersebut perlulah mempunyai kemahiran satu atau dua bahasa aturcara. Anda tidak perlu mahir semua bahasa aturcara dan pemikiran logik serta algoritma perlu tinggi (soft skill pun kena mantap ) untuk melepasi kelayakan dalam temuduga terutamanya syarikat swasta.

2. IT Eksekutif

Jawatan ini sesuai kepada lepasan graduan yang mahir dalam merekabentuk dan menganalisis sesebuah pembangunan sistem. Kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan amat penting kepada seorang bakal IT Eksekutif. Penampilan yang menarik dan mahir bahasa asing (bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun) merupakan bonus dan mempunyai peluang cerah dalam bidang kerjaya tersebut.

3. Jurutera Rangkaian
Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.

4. Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi

Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque - Ipin Upin atau MDC - Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini.

5. Pegawai Teknologi Maklumat

Jawatan popular dalam kerajaan bagi graduan lepasan sains komputer dan IT . Anda perlu memohon jawatan tersebut dari laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Memerlukan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, bijak membuat keputusan dan bertindak dengan efisyen. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan, rangkaian dan sistem maklumat.

Jadi berusaha dan bertawakallah dalam usaha mencapai kerjaya yang anda impikan.Kita kena berusaha di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Jangan menunggu rezeki datang bergolek terus kepada kita.

Wednesday, May 6, 2009

Apa nak buat masa cuti...

Alhamdulillah rasanya exam dah hampir selesai..last day paper 10 Mei ini. Walau pun mungkin antara kita merasakan azabnya exam :) , tetapi sebagai insan yang sedang mencari ilmu perlu menempuhnya dengan tabah...Itulah haluan kita...dan kita mesti menempuhinya...demi masa depan, harapan ibu bapa dan matlmat hidup kita.Apapun, kena hadapi dengan penuh bersemangat. Yang penting kita mesti mencuba, barulah tahu aras kemampuan dan kebolehan kita. “Belum cuba belum tahu”.

So kali ini, saya ingin berkongsi info bagaimana hendak menghabiskan masa cuti anda sebagai siswa/i di rumah. Sebenarnya ada empat golongan siswa/i ketika bercuti iaitu :



1.Melayari Internet (laman web sosial, blog,youtube dan anime) dari pagi sampai malam sampai pagi Subuh. Hebat2.






2. Mencari kerja sampingan untuk mencari duit tambahan untuk perbelanjaan semester hadapan.



3. Duduk depan TV dari pagi sampai malam.



4. Belajar subjek-subjek semester hadapan bagi mereka yang menjaga keputusan cemerlang CGPA.

Oleh itu, anda terletak di golongan yang mana satu?

Seperti ini ???


Hehehe. Di sini, saya ingin berkongsi panduan dan tips untuk menghabiskan masa cuti anda dengan lebih efisien dan berfaedah :

1. Bagi yang suka menonton TV : cuba cari saluran (channel) yang berfaedah dan yang boleh menajamkan fikiran anda. Contohnya, anda hendak mahu mengasah bakat memasak, carilah saluran tersebut dan cuba resepi baru untuk anda serta menjualnya.

2. Bagi yang suka melayari Internet : Janalah pendapatan di Internet dengan pelbagai cara (Google Ad., PPC, ClickBank). Cuba pelajari dari pakar-pakar Internet Marketers tempatan dan mulakan tindakan buat duit dengan Internet.

3. Bagi yang suka belajar : Teruskan perjuangan anda. Anda adalah kesatria Ilmu. Tetapi, jangan sampai lupa tolong ibu bapa di rumah dengan meringankan beban kerja-kerja rumah (membasuh pinggan, memasak, dan sebagainya).

Setakat ini sahaja tips saya. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Blogs Yang Terus Malap

Assalamualaikum......
Kepada yang masih berjuang dalam peperiksaan , saya doakan anda semua terus tekun mengulangkaji dan dapat menghadapi peperiksaan dengan keadaan tenang dan confident dan berjaya dalam peperiksaan yang diduduki.
Kepada yang telah selamat habis menduduki peperiksaan , semoga anda banyak2 berdoa dan bertawakal kepada Illahi semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
Nampaknya blog "Kita" ni hampir ke penghujung nyawa..... jadi berilah ia peluang untuk terus menghirup udara segar ini...... Diharap lebih ramai daripada "Kita" menziarahi beliau dan meninggalkan "pesan" yang boleh dikongsi bersama.

Untuk update....pagi tadi pelajar2 semester 6 telah selamat mengadakan presentation latihan pratikal mereka....mencatat rekod kerana tamat pada pukul 3.00 ptg. Kepada mereka yang akan melakukan presentation di Kampus Segamat dan Shah Alam....Semoga berjaya...

Bertambahlah lagi anak-anak AreCS....

Wassallam...