Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum....

Pastinya....konsentrasi kepada kerja telah berkurangan...ramai yang tidak sabar untuk balik ke rumah atau kampung....Kepada mereka yang berada di UiTM Melaka...hari ini adalah hari terakhir untuk minggu ni...walau bagaimana pun ramai yg telah hilang mood semenjak hari Isnin lagi...walaupun Quiz n Test menghambat minggu ni.....Yang bekerja pula....ada yang berminat nak ambil M.C. kot...hahahha...Itulah penangan Hari Raya....



Dalam keghairahan untuk balik ke kg. , jangan lupa pada keselamatan diri, pandu dengan berhemah dan elak daripada perbuatan2 yg "bodoh" ie; membahayakan diri dan orang sekeliling...
Masa memandu berhati-hati dengan lembu-lembu liar yang memandu dijalanraya..kerana lembu2 ini tidak tahu memberi lampu isyarat semasa membelok, memandu di lorong kecemasan dan memandu dalam keadaan membahayakan pemandu-pemnadu lain. Pastikan anda tidak berjangkit dengan penyakit ini.

Marilah kita sama2 berdoa supaya kita dan keluarga kita dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak diingini dan mendapat kerahmatan semasa menyambut bulan Syawal nanti. Sama-samalah kita bermaafan antara kita, sahabat handai, saudara mara dan ahli kelurga kita.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, Tuhan yang Berkuasa Keatas Segala Kejadian , Lindungilah kami dan keluarga kami daripada perkara-perkara yang tidak diingini, Bimbinglah kehidupan kami, Semoga kami mendapat kebahagian Di Dunia dan Di Akhirat, Ya Allah Ya Rahman, Tuhan Ya Pemurah Dan Lagi Maha Pengasih , makbulkanlah doa kami. Amin Ya Rab Bil A'lamin".

Saya mengambil kesempatan ini memohon maaf atas segala pelakuan saya, samada secara sengaja atau tidak , yang menguris hati anda semua samada pensyarah atau pelajar.

Maaf Zahir & Batin
Jika ada salah dan silap
Bergembiralah hendaknya

Menyambut hari yang mulia
Bersama keluarga tersayang



Salam Syawal & Kecemerlangan
zfz

p/s jemput datang rumah.....
1 raya di Melaka
2-7 raya di Perak.