Thursday, October 15, 2009

Mari Berdoa

Allah berfirman, “Mohonlah PadaKu Nescaya Aku Tunaikan…..”
Tetapi berapa ramai antara kita yang sering berdoa kepada Allah S.W.T. Kita sering merungut dengan kejadian yang menimpa diri kita, kadang2 terhambur perkataan yang kurang elok daripada mulut kita.

Kita terlupa bahawa yang kita percaya (100%) sepenuhnya yang berkuasa dan menentukan segala kehidupan kita adalah Allah S.W.T. namun kita terlupa meminta daripadaNYA. Kenapa kita tidak memohon kepada Allah S.W.T. Lihat sahaja selepas solat, berapa ramai yang terus bangun tanpa berdoa…atau berdoa hanya ala kadar aje….seperti kata seorang ustaz..sebab malas nak berdoa , orang tu berdoa seperti ni “Ya Allah , seperti biasa Ya Allah…Amin”.

Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi S.A.W.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi)

Tetapi kalau kita nak sesuatu daripada orang lain , pandai pula kita merayu bersungguh-sungguh , buat apa yang orang tu suruh buat , sanggup berjanji…..tapi bila nak minta kepada Allah S.W.T kita buat sambil lewa aje….Dimana kita letak kebesaran Allah S.W.T.????????

Dan mungkin terdapat segelintir daripada kita mengeluh, dah puas berdoa, tapi tak dapat…..

“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Checklah diri kita ???????

Lambat atau cepat Allah makbulkan doa kita itu adalah dalam ketentuan-Nya. Kita hendaklah bersangka baik kepada ketentuan Allah. Janganlah kita berhenti daripada berdoa walau pun hidup tidak berada dalam kesusahan atau menghadapi masalah.

Pernahkah kita terfikir bahawa Allah S.W.T. itu boleh menarik segala kenikmatan yang sedang kita kecapi bila2 masa sahaja….Tangan , kaki , mata, keluarga , handphone kita boleh diambil bila2 masa….pernahkah kita terfikir….Kita lalai menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T. , kita tidak rasa bersalah melakukan kemungkaran…. Ambillah masa 2-3 minit sebelum tidur memikirkan perkara ini…

Peperiksaan yang tinggal 1-2 minggu ini , menyebabkan kita kadang2 tertekan, banyak yang perlu diulangkaji….kita menjadi stress…banyak2lah berdoa kepada Allah S.W.T. , kerana DIAlah yang berkuasa keatas segala kehidupan didunia dan diakhirat…

Mungkin kita juga akan menerima SMS daripada rakan2 atau pelajar2 yang meminta kita berdoa untuk kejayaan mereka. Daripada perbincangan saya dengan seorang ustaz beliau berkata, SMS yang dihantar hendak dibentuk ayat2 yang mendoakan kita. Bukannya seperti “Doakan saya Berjaya dalam peperiksaan nanti” tetapi lebih baik jika ditukarkan kepada sbg contoh:

“Ya Allah Ya Tuhan ku ,berilah kejayaan kepada Zainal Fikri dalam pengajian beliau , permudahkanlah dan bimbinglah pembelajaran yang beliau ikuti sekarang supaya beliau dapat tamat pengajian beliau dengan cemerlang dalam masa yang ditetapkan. Ya Allah Ya Tuhan Ku Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang , perkenankanlah Doa ku ini” Amin Ya Rab’bil A’lamin.

Hantarkan kepada 40 orang….Tetapi jangan lupa Doa IbuBapa sangat mujarab , Minta Ampun dan mohon Ibubapa kita doakan untuk kita …selalu…jangan lupa kepada Pensyarah2 kita , supaya mendoakan kita.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim , Kau berilah kejayaan yang cemerlang kepada Pelajar2 Dan Bekas2 Pelajar Diploma Sains Komputer UiTM Melaka dalam peperiksaan yang akan mereka duduki tidak lama lagi. Berikanlah mereka ketenangan, kefahaman dan keyakinan semasa mereka menjawab soalan peperikaan. Jauhikanlah mereka daripada sifat gementar , was-was dan terburu-buru semasa menjawab soalan peperiksaan. Ya Allah Ya Tuhan ku Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang , Yang Berkuasa Keatas Segala Kejadian , perkenankanlah Doa ku ini” Amin Ya Rab’Bil A’lamin.

Jaga Diri , Jaga Peribadi.

Salam Kecemerlangan

Zfz

p/s ini adalah pandangan & peringatan kepada penulis sendiri, silap dan salah mohon kemaafan.