Sunday, October 31, 2010

Masih Sunyi Sepi...............Tiada Berpenghuni.....................

Masih tiada perubahan, harapan kini tinggal harapan apabila blog ini semakin tinggal menjadi sebuah kenangan yang cukup indah bagi mereka yang memahaminya..Tidak terlambat rasanya diri ini mewakili 1st Batch AreCS untuk mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN..Semoga segala ilmu yang anda perolehi dari insan2 mulia yang bergelar seorang pensyarah digunakan sebaik mungkin dalam meneruskan perjuangan mencari keredhaanNYA. Salam ukhwah dari saya - Mohd Razif Mohd Saunan..

Monday, October 25, 2010

Apa maksud ALUMNI?

Lama rasanya saya tak update blog ni..semakin busy dengan kerja - kerja yang sedikit menyimpang dari tujuan menjejakkan kaki di menara gading..Komitmen pun da bertambah (haha..yang paham maksud,diam2 je la ye)..opsss!!panjang lebar berceloteh..tujuan singgah kat sini nak berkongsi pasal perkataan yang agak biasa kita dengari..lagi2 semakin meningkat dewasa..Apa perkataan tu??
A.L.U.M.N.I
Kamus Dewan Edisi Empat menakrifkan perkataan 'ALUMNI' sebagai 'siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti'. Saya ingin memetik takrifan alumni di dalam Kamus American Heritage sebagai kumpulan graduan atau bekas pelajar (lelaki dan perempuan) sekolah, kolej atau universiti. Jadi, semua telah faham ye erti ALUMNI tu?

Apa yang nak cuba saya perkatakan disini ialah kekuatan ALUMNI itu tiada(lebih sedap dikatakan telah mati) dikalangan ALUMNI Diploma Sains Komputer, UiTM Melaka. Kini telah mencecah 10batch(kalau tak silap la), jika dihimpunkan hampir mencecah 500 orang, tetapi tiada aura atau erti kata lain tidak kelihatan/nampak/hidup organisasi tersebut. Mungkin tidak perlu untuk didaftarkan, seperti ALUMNI2 lain yang besar dan gah. Dipetik dari kata-kata Encik Zainal, senior pergi tak kembali, junior datang bersilih ganti, ALUMNI terkubur di dalam hati..Sepatutnya, ALUMNI ini boleh menjadi sebuah organisasi yang kuat, mantap ukhwahnya, erat ikatannya dalam meneruskan hidup mencari sebuah kejayaan di dalam kehidupan ini. Malangnya, harapan tinggal harapan, kenangan semakin lapuk dek ego dan tiada rasa sikap keprihatinan.
Tujuan ALUMNI ditubuhkan :

  • Sebagai platform untuk ahli ALUMNI mengeratkan silaturrahim yang sihat dikalangan mereka.(yang erat,kita rapat2kan lagi)
  • Blog ini sebagai media perantara / tempat hebahan antara ahlinya (tidak kira apa sahaja berita dan maklumat dapat dikongsi bersama)
  • Platform untuk berkongsi maklumat, info, pengalaman atau apa sahaja idea yang muncul dari minda anda (nak gossip2 pon boleh je)
  • Untuk senior, anda boleh menceritakan pengalaman anda, tak kira dari sudut apa sahaja bagi membantu adik2 junior yang sangat memerlukan bimbingan dan sokongan dari anda (sebagai contoh, tidak lama dulu ada junior yang bertanya kepada saya berkenaan pemilihan program ijazah, kebaikan dan keburukan sesebuah program itu)
  • Bagi junior pula, jangan segan, buangkan sifat malu itu bertanyakan kepada senior berkenaan apa sahaja yang anda musykil(kalau pasal cinta, saya expert..haha). hal ini demikian untul kebaikan dan kesenangan anda di masa akan datang..sebagai contoh, nak beli buku, tanya je senior2 ni kalau2 mereka inal,ngin jual kepada anda..(senior pun buang2 je buku tu)
Wahh,panjang pula saya mengomel disini. Cukup setakat ini sahaja. Kepada ALUMNI AreCS Melaka, fahami erti ALUMNI itu dan diharapkan anda sedar kebaikan/faedah/manfaat apabila anda kuat dan aktif didalm berpersatuan (saya da rasa nikmat dan tuai hasilnya..hehe).

*Kepada Encik Zainal, teruskan menghidupkan blog ini dan harap jangan keciwa dan patah hati apabila tiada pengunjungnya..Percayalah 1 hari nanti yang tidak pasti, blog ini akan dikunjungi oleh mereka setiap hari, setiap saat..

"Mahasiswa Cemerlang, ALUMNI Gemilang, Pensyarah Terbilang"

Sunday, October 3, 2010

Alumni Datang Beraya

Salam...

Terima kasih kepada mereka yang telah sudi datang beraya di rumah saya. Ingatkan tiada yang sudi memandangkan tiada kepentingan....lagi pun kebanyakan daripada mereka telah pun berada di Shah Alam...mungkin susah sikit untuk datang...terutama tentang transport....seronok betul dapat berbual dengan mereka yang telah pun berada di Shah Alam....banyak cerita yg dikongsi terutama FYP (Final Year Project - saya baru tahu akronim ni...)



Hariz , Hanafi dan Hafizi seperti biasa datang awal...mereka adalah tetamu yang saya rasa tak pernah miss datang rumah saya....entahlah esok lusa...thanks.....

Seminggu selepas tu...2 group datang beraya....2nd batch alumni...mereka datang dengan 2+1+1 kereta....ada dari shah alam , ada dari seremban dan ada dari Melaka...Fizul n E-One wakil lelaki..hahaha...E-One dah kerja di MPAG....






Lepas tu 1st Batch alumni pula dengan 2 kereta, saya tahu mereka ada masalah transport....usaha mereka saya sanjung....saya sebenarnya menanti batch ini untuk grade semester ini....Semoga mereka menjadi contoh kepada batch2 yang akan datang...

Saya doakan mereka semuanya berjaya dalam peperiksaan yang akan datang ...kepada mereka yang akan menghadapi FYP , semoga tabah menghadapi kerenahnya...semua itu adalah dugaan....
Akhir sekali pesanan saya , yang tengah bercinta , sahabat taulan dibuang jangan, anda pasti memerlukan mereka suatu hari nanti...

Eratkan Ukhwah,
IbuBapa dilupa jangan
Allah Sentiasa Dihati
zfz