Assalamualaikum....
Pada mereka yang belajar mungkin berdebar-debar menunggu keputusan...kepada yang bekerja mungkin berkira-kira untuk bercuti panjang atau mengira BONUS kot...
Bagi pelajar semester 3 CS110 , mungkin tengah mengerut dahi...nak sambung terus ke Ijazah atau meneruskan Diploma mereka...Kalau nak sambung Ijazah , Program apa nak ambil...banyak bertanya atau merujuk kepada mereka yang arif...cth. Mr. Google.. hahahahah
Pandangan saya ( jangan terpengaruh tapi fikir ).
Kalau ambil Diploma kemudian sambung ke Ijazah...
1. Ada 2 sijil (Diploma dan Ijazah) , nak minta kerja mudah sikit...Kalau kerja di jabatan kerajaan , kalau anda ada Ijazah , anda tidak boleh mohon kerja yang memerlukan kelulusan Diploma kerana anda tak ada sijil Diploma.
2. Kalau sambung ke Ijazah , kalau Gagal (harap tidaklah) , anda tidak akan dapat apa2, kecuali anda ambil Diploma dulu. (selalunya Diploma lebih mudah daripada Ijazah).
3. Apabila anda dah ada Diploma ( dah attend Latihan Pratikal ), selalunya cara anda berfikir lebih mature, mungkin dah ada pengalaman.
4. Anda tak perlu pindah ke Shah Alam , kekal di UiTM Melaka yang menjamin tempat timggal. Di Shah Alam kolej adalah terhad.
Kalau anda sambung terus ke Ijazah.
1. Anda Jimat 1 semester...lebih glamour...
2. Nak sambung Belajar ke Master atau PhD lebih cepat.
3. Anda mungkin dapat belajar di Shah Alam, banyak hiburan hahahaha.
4. Anda boleh tinggal di luar (sewa rumah), tak payah tinggal di Kolej.
Ini adalah pandangan saya....Cubalah bertanya kepada Koordinator , Puan Normaziah kerana dia lebih arif perkara ni..dan pelajar2 senior AreCS yang telah sambung ke Ijazah, mereka mungin boleh beri pandangan....
Kepada pensyarah2 dan pelajar2 senior AreCS yang berada di Shah Alam , harap dapat memberi komen supaya dapat membantu pelajar CS110 yang perlu membuat keputusan...Bantulah mereka....untuk kebaikan Arecs.
Bawalah berbincang dengan kawan2 , keluarga dan pensyarah2. Mohon petunjuk daripada Allah S.W.T.
Jaga Diri, Jaga Peribadi.
Salam Kecemerlangan
zfz
Tuesday, December 8, 2009
Diploma Atau Ijazah ????
Posted by AreCS.UiTMMaLacCa at 3:33 PM 9 comments
Friday, November 13, 2009
Selamat Menjalani Latihan Pratikal
Peperiksaan final hampit tamat...mungkin pelajar lain boleh memikirkan untuk berehat panjang...tapi bagi part 5 student...ur all kena fikirkan latihan pratikal yang mendatang....Dah dapat tempat ......Kalau belum..kena put more effort..dah kritikal ni...susah2 buat kat UiTM aje...Kampus Bandar sentiasa mengalu-alukan u all...project sentiasa ada ...contact En. Wahab...bos Unit IT kat sana...
Dalam masa yang sama...polishlah u all punya programming skills...Kalau yang dah dapat tempat ..lagi mudah...check apa programming language yang company tu guna..
Jangan terperanjat pulak atau panik bila disuruh develop system menggunakan programming language yang tak pernah belajar atau tau..Ambillah peluang ni untuk belajar belajar benda yang baru....Dan ingat setiap yang anda semua lalui adalah Pengalaman Yang Berharga....
Jaga nama baik fakulti..sentiasa ikut peraturan..jangan lambat datang kerja :)
Lastly, Wish u all the best....
Jaga Diri, Jaga Peribadi.
Salam Kecermerlangan,
zfz
Hafiz...kita merancang , Allah menentukan..Setiap Kejadian..Ada Hikmahnya..
Posted by AreCS.UiTMMaLacCa at 3:54 PM 0 comments
Presentation Latihan Pratikal Di Melaka
Baru2 ni seperti kelaziman di hujung semester , presentation untuk pelajar2 yang buat latihan paratikal akan dijalankan....Pelajar2 yang membuat latihan pratikal di NS dan Melaka telah diadakan....
Presentation ini bermakna akan bertambahlah lagi graduan AreCS di UiTM Shah Alam nanti...harap2 anda akan memberi kesan significant yang baik bila berada di sana nanti. Kepada yang menjerumuskan diri mereka ke alam perkerjaan , nasihat saya adalah sama...jaga nama baik AreCS...
Walau apa pun anda pilih, anda semua masih lagi warga AreCS...biar dimana anda berada...Jadilah blog ini sebagai perantaraan anda dengan AreCS....Semoga anda semua berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi....
Dari segi sistem yang dibentang saya tak boleh beri comment sebab saya hanya datang untuk mengambil gambar sahaja untuk blog ni.... Saya harap anda belajar sesuatu daripada latihan pratikal yang anda semua lalui....
Kepada mereka yang masih belum lagi buat presentation...I wish u all the best....nothing to worry...Just enjoy your presentation....
Jaga Diri , Jaga peribadi
Salam Kecermerlangan,
zfz
c u in Shah Alam next semester,Insya'Allah
Posted by AreCS.UiTMMaLacCa at 2:18 AM 1 comments
Labels: latihan pratikal
Monday, November 2, 2009
Renungan Bersama....Berterima Kasih Kepada Allah
Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke syurga dan seorang malaikat menemaniku serta menunjukkan keadaan di surga. Kami berjalan memasuki suatu ruang kerja yang penuh dengan para malaikat.Malaikat yang mengantarku berhenti di depan ruang kerja pertama dan berkata,"Ini adalah Seksyen Penerimaan. Disini, semua permintaan yang ditujukan pada Allah, diterima". Aku melihat-lihat sekeliling tempat ini dan aku dapati tempat ini begitu sibuk dengan begitu banyak malaikat yang mengamati seluruh permohonan yang tertulis pada kertas dari manusia di seluruh dunia. Kemudian,.... aku dan malaikat tersebut berjalan lagi melalui koridor yang panjang. lalu sampailah kami pada ruang kerja kedua. Malaikat-ku berkata, "Ini adalah Seksyen Pembungkusan dan Pengiriman. Disini, kemuliaan dan rahmat yang diminta manusia diproses dan dikirim ke manusia-manusia yang masih hidup yang memintanya". Aku perhatikan lagi betapa sibuknya ruang kerja itu. Ada banyak malaikat yang bekerja begitu keras karena ada begitu banyaknya permohonan yang dimintakan dan sedang dipaketkan untuk dikirim ke bumi. Kami melanjutkan perjalanan lagi hingga sampai pada hujung terjauh koridor panjang tersebut dan berhenti pada sebuah pintu ruang kerja yang sangat kecil. Yang sangat mengejutkan aku, hanya ada satu malaikat yang duduk
"Bagaimana manusia menyatakan terima kasih atas rahmat Tuhan?", tanyaku."Sederhana sekali", jawab Malaikat. "Cukup berkata,'ALHAMDULILLAHI RABBIL AALAMIIN, Terima kasih, ALLAH' ". "Lalu, rahmat apa saja yang perlu kita syukuri?”, tanyaku. Malaikat-ku menjawab, "Jika engkau mempunyai makanan di peti sejukmu, Pakaian yang menutup tubuhmu, atap di atas kepalamu dan tempat untuk tidur, Maka engkau lebih kaya dari 75% penduduk dunia ini."Jika engkau memiliki wang di bank, di dompetmu,dan wang baki, maka engkau berada diantara 8% kesejahteraan dunia."Dan ingatlah tatkala Tuhanmu menyatakan bahawa, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan lebih banyak nikmat kepadamu' ". (QS:Ibrahim (14) :7 )
Jaga Diri, Jaga Peribadi
Salam Kecermerlangan zfz
p/s Ternanti-nanti kepada mereka yang sudi mencoret pengalaman konvo baru2 ni. Tahniah kepada mereka semua...Dengar cerita ada senario sedia...kongsilah sama....
disana, hampir tidak melakukan apapun."Ini adalah Seksyen Penerimaan Pernyataan Terima Kasih", kata Malaikatku perlahan. Dia tampak malu. "Bagaimana ini? Mengapa hampir tidak ada pekerjaan disini?", tanyaku."Menyedihkan", Malaikat-ku menghela nafas. "Setelah manusia menerima rahmat yang mereka minta, sangat sedikit manusia yang mengirimkan pernyataan terima kasih".
Posted by AreCS.UiTMMaLacCa at 6:58 PM 0 comments
Labels: Bersyukur
Kejayaan Yang Diharapkan - IID CS110 Cemerlang
Assalamualaikum......
CS110 terus cemerlang dalam memenangi beberapa pingat dalam IDD 2009 di UiTM Melaka. Semoga warga Cs110 terus cemerlang di masa hadapan. Tahniah...Bravo....
Berikut adalah keputusannya :
Emas
1. e-Inventori ICT System
Oleh : Mohd Hariz Naim, Nurul Aina Akmal bt yahya, Siti Norhidayah bt Amin, Fadhlina Izzah Saman, Abdul Wahab Jantan
Perak
1. Mobile Archery Scoring System
Oleh : Mohd Hariz Naim, Fadhlina Izzah Saman, Abdul Wahab Jantan
2. MyPJI-Portal
Oleh : Muhd Zikril Azim Abd.Manan, Abu Dzar Baharudin, Noor Suriana Abu Bakar, PM Dr. Roaimah Omar, PM Wan Hartini Wan Hassan
3. e-Aduan ICT System
Oleh : Mohamad Hanis Abu Chek, Mohd Norshahrim Bisni, Fadhlina Izzah Saman, Abdul Wahab Jantan
4. Academic Prediction Model Using Neural Network for Computer Sciences Students in UiTM
Oleh : Normaziah Abdul Rahman, Nurulhuda Zainuddin, Fadhlina Izzah Saman
5. Workout With English
Oleh : Muhammad Ainuddin bin Yahuda, Sheela Paramasivam, Nur'adilah bt Ahmad, Adibah Syuhadah Abdul Rahman, Rukumani Bevi Maniam
(kerjasama dengan APB dan sekolah)
Gangsa
1. Sistem e-GL staf
Oleh : Aminuddin Md Kassim, Mohd Hariz Naim, Fadhlina Izzah Saman, Abdul Wahab Jantan
Tahniah kepada Bos cs110 , Puan Maziah...yang terus cemerlang mengemudi Cs110 UiTM Melaka.... Semoga nama Cs110 terus harum.......
Jaga Diri , Jaga Peribadi....
Salam Kecermerlangan....
zfz
Posted by AreCS.UiTMMaLacCa at 6:36 PM 1 comments
Labels: IDD
Thursday, October 15, 2009
Mari Berdoa
Allah berfirman, “Mohonlah PadaKu Nescaya Aku Tunaikan…..”
Tetapi berapa ramai antara kita yang sering berdoa kepada Allah S.W.T. Kita sering merungut dengan kejadian yang menimpa diri kita, kadang2 terhambur perkataan yang kurang elok daripada mulut kita.
Kita terlupa bahawa yang kita percaya (100%) sepenuhnya yang berkuasa dan menentukan segala kehidupan kita adalah Allah S.W.T. namun kita terlupa meminta daripadaNYA. Kenapa kita tidak memohon kepada Allah S.W.T. Lihat sahaja selepas solat, berapa ramai yang terus bangun tanpa berdoa…atau berdoa hanya ala kadar aje….seperti kata seorang ustaz..sebab malas nak berdoa , orang tu berdoa seperti ni “Ya Allah , seperti biasa Ya Allah…Amin”.
Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi S.A.W.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi)
Tetapi kalau kita nak sesuatu daripada orang lain , pandai pula kita merayu bersungguh-sungguh , buat apa yang orang tu suruh buat , sanggup berjanji…..tapi bila nak minta kepada Allah S.W.T kita buat sambil lewa aje….Dimana kita letak kebesaran Allah S.W.T.????????
Dan mungkin terdapat segelintir daripada kita mengeluh, dah puas berdoa, tapi tak dapat…..
“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Checklah diri kita ???????
Lambat atau cepat Allah makbulkan doa kita itu adalah dalam ketentuan-Nya. Kita hendaklah bersangka baik kepada ketentuan Allah. Janganlah kita berhenti daripada berdoa walau pun hidup tidak berada dalam kesusahan atau menghadapi masalah.
Pernahkah kita terfikir bahawa Allah S.W.T. itu boleh menarik segala kenikmatan yang sedang kita kecapi bila2 masa sahaja….Tangan , kaki , mata, keluarga , handphone kita boleh diambil bila2 masa….pernahkah kita terfikir….Kita lalai menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T. , kita tidak rasa bersalah melakukan kemungkaran…. Ambillah masa 2-3 minit sebelum tidur memikirkan perkara ini…
Peperiksaan yang tinggal 1-2 minggu ini , menyebabkan kita kadang2 tertekan, banyak yang perlu diulangkaji….kita menjadi stress…banyak2lah berdoa kepada Allah S.W.T. , kerana DIAlah yang berkuasa keatas segala kehidupan didunia dan diakhirat…
Mungkin kita juga akan menerima SMS daripada rakan2 atau pelajar2 yang meminta kita berdoa untuk kejayaan mereka. Daripada perbincangan saya dengan seorang ustaz beliau berkata, SMS yang dihantar hendak dibentuk ayat2 yang mendoakan kita. Bukannya seperti “Doakan saya Berjaya dalam peperiksaan nanti” tetapi lebih baik jika ditukarkan kepada sbg contoh:
“Ya Allah Ya Tuhan ku ,berilah kejayaan kepada Zainal Fikri dalam pengajian beliau , permudahkanlah dan bimbinglah pembelajaran yang beliau ikuti sekarang supaya beliau dapat tamat pengajian beliau dengan cemerlang dalam masa yang ditetapkan. Ya Allah Ya Tuhan Ku Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang , perkenankanlah Doa ku ini” Amin Ya Rab’bil A’lamin.
Hantarkan kepada 40 orang….Tetapi jangan lupa Doa IbuBapa sangat mujarab , Minta Ampun dan mohon Ibubapa kita doakan untuk kita …selalu…jangan lupa kepada Pensyarah2 kita , supaya mendoakan kita.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim , Kau berilah kejayaan yang cemerlang kepada Pelajar2 Dan Bekas2 Pelajar Diploma Sains Komputer UiTM Melaka dalam peperiksaan yang akan mereka duduki tidak lama lagi. Berikanlah mereka ketenangan, kefahaman dan keyakinan semasa mereka menjawab soalan peperikaan. Jauhikanlah mereka daripada sifat gementar , was-was dan terburu-buru semasa menjawab soalan peperiksaan. Ya Allah Ya Tuhan ku Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang , Yang Berkuasa Keatas Segala Kejadian , perkenankanlah Doa ku ini” Amin Ya Rab’Bil A’lamin.
Jaga Diri , Jaga Peribadi.
Salam Kecemerlangan
Zfz
p/s ini adalah pandangan & peringatan kepada penulis sendiri, silap dan salah mohon kemaafan.
Posted by AreCS.UiTMMaLacCa at 10:54 AM 0 comments
Labels: doa
Wednesday, September 16, 2009
Salam Aidil Fitri
Pastinya....konsentrasi kepada kerja telah berkurangan...ramai yang tidak sabar untuk balik ke rumah atau kampung....Kepada mereka yang berada di UiTM Melaka...hari ini adalah hari terakhir untuk minggu ni...walau bagaimana pun ramai yg telah hilang mood semenjak hari Isnin lagi...walaupun Quiz n Test menghambat minggu ni.....Yang bekerja pula....ada yang berminat nak ambil M.C. kot...hahahha...Itulah penangan Hari Raya....

Masa memandu berhati-hati dengan lembu-lembu liar yang memandu dijalanraya..kerana lembu2 ini tidak tahu memberi lampu isyarat semasa membelok, memandu di lorong kecemasan dan memandu dalam keadaan membahayakan pemandu-pemnadu lain. Pastikan anda tidak berjangkit dengan penyakit ini.
Marilah kita sama2 berdoa supaya kita dan keluarga kita dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak diingini dan mendapat kerahmatan semasa menyambut bulan Syawal nanti. Sama-samalah kita bermaafan antara kita, sahabat handai, saudara mara dan ahli kelurga kita.
"Ya Allah Ya Tuhan ku, Tuhan yang Berkuasa Keatas Segala Kejadian , Lindungilah kami dan keluarga kami daripada perkara-perkara yang tidak diingini, Bimbinglah kehidupan kami, Semoga kami mendapat kebahagian Di Dunia dan Di Akhirat, Ya Allah Ya Rahman, Tuhan Ya Pemurah Dan Lagi Maha Pengasih , makbulkanlah doa kami. Amin Ya Rab Bil A'lamin".
Saya mengambil kesempatan ini memohon maaf atas segala pelakuan saya, samada secara sengaja atau tidak , yang menguris hati anda semua samada pensyarah atau pelajar.
Jika ada salah dan silap
Bergembiralah hendaknya
Menyambut hari yang mulia
Bersama keluarga tersayang
Salam Syawal & Kecemerlangan
zfz
p/s jemput datang rumah.....
1 raya di Melaka
2-7 raya di Perak.
Posted by AreCS.UiTMMaLacCa at 1:47 AM 0 comments