Al-Fatihah.....
Ya, Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah hambamu UBAIDULLAH BIN MOHD BASRI.
Amin Amin, Ya Rabilalamin.
Semoga rohnya dicucuhri rahmat.
Saya terima berita sedih ni dari Hafizul dalam pukul 9 malam (Jumaat, 26/6/2009)....memang memeranjatkan dan menyedihkan.
Arwah dimaklumkan maut selepas dilanggar tayar yang tercabut dari sebuah treler di Kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Nilai ,
Kejadian itu berlaku jam 6.20 petang ketika Ubaidullah Mohd Basri, 21, baru menghidupkan enjin motosikalnya untuk pulang ke kampung di Felda Jelai 1, Gemas, selepas selesai membaiki kereta kakaknya.
Jurucakap polis berkata, kereta dinaiki kakak mangsa yang juga dalam perjalanan pulang ke kampung, rosak ketika tiba di lokasi kejadian menyebabkan Ubaidullah yang menunggang motosikal di belakang kakaknya berhenti untuk membantu.
Arwah adalah pelajar batch ke-2 AreCS dan baru sahaja tamat latihan pratikal. Arwah dijangka menghadiri Majlis Konvo akan datang jika kejadian ini tidak menimpa beliau....takdir menentukan segalanya....
Saya mengambil kesempatan ini, sama-samalah kita beringat semasa membawa kenderaan.
Salam Untuk Semua
xkoordinator
5 comments:
alfatihah untuk beliau..
ex level mate aku ni..
sama2 kte sedekah alfatihah wat arwah..
al - fatihah utk arwah....
smoga dcucuri rahmat..
salam..terima kasih buat semua sahabat2 arwah yang mendoakan kesejahteraan arwah adik saya..al-fatihah untuk arwah..moga Allah membalas jasa baik kalian..amin
Post a Comment