Tuesday, November 23, 2010

Cyber Security

Menakutkan bila mendengar fakta2 yang diberi oleh penceramah dalam satu seminar.....Semua kita sekarang bergantung kepada teknologi siber...hinggakan peralatan rumah kita pun menggunakan teknologi siber....dulu berbual di kedai kopi , tapi sekarang berbual secara siber...tak perlu minum kopi....tapi boleh berjam-jam berbual....tapi tahukah kita ancaman yang perlu kita hadapi....



Sedar atau tidak , peralatan yang kita beli boleh "dicerobohi" dengan "menanam" kod-kod rahsia -"malware" dalam cip yang ada didalam peralatan kita. Kod-kod rahsia ini akan berfungsi bila perlu...Banyak peralatan yang boleh dicerobohi termasuklah peralatan kesihatan...bayangkan jika "malware" ini bertindak keatas pesakit2 yang berada didalam bilik2 ICU....Menakutkan...


Secara sedar atau tidak , kita sendiri sebenarnya kita membari makumat kepada "crackers" ini untuk memudahkan mereka menceroboh sistem komputer kita atau menipu kita.....Anda ada laman sosial...Facebook...saya pun ada...berapa banyak maklumat yang kita boleh kumpul daripada laman web sosial...dimana dia berada , apa kesukaan dia , siapa teman dia..dan banyak lagi...semua maklumat ini amat berguna kepada "crackers"...tapi perlu bersusah payah mengupah orang untuk mencuri maklumat kita...semuanya diberi tanpa diminta...So berhati-hati bila mengguna laman web sosial...jangan semuanya hendak didedahkan sampai tiada lagi rahsia yang rahsia...


Apa yang saya nak kongsi disini , China mempunyai bilangan paling ramai sekali staf "Cyber Security"....Negara kita....Upah aje consultant...bukanke mudah..merepek...Malaysia seharusnya menghasilakn ramai pakar2 "cyber security"...Kita harus menghasilkan perlatan kita sendiri dan mengujinya sendiri..bukannya dengan melantik consultant luar untk menjaga keselamatan negara kita...Adalah pelik , bila kita membeli peralatan senjata dari luar dan bila ingin mengujinya kita suruh consultant itu juga mengujinya...so dimana rahsianya....Banyak syarikat membayar consultant untuk menjaga keselamatan sistem komputer mereka, dan mengupah consultant lain untuk menganalisa laporan sistem komputer mereka...semuanya bergantung kepada "feedback" daripada consultant tersebut...apa yang rahsia untuk syarikat tersebut...bukankah lebih bagus jika syarikat tersebut mempunyai staf yang menjaga keselamatan sistem komputer mereka sendiri...lebih selamat....rahsianya lebih rahsia...

Tugas dan tangungjawab institutsi pendidikan adalah untuk menghasilkan lebih ramai pakar2 "cyber security" untuk memastikan negara kita selamat dalam menghadapi zaman siber ini...Tanggung-jawab kita ???????

Dipetik daripada blog : http://www.flashbackaku.blogspot.com/

Berminat Untuk Berniaga - Tunas Mekar

Assalaamualaikom

Sila sebarkan kpd pemohon2 yg layak utk menyertai Program Keusahawanan Tunas Mekar Melaka mulai 15hb Disember 2010.

Permohonan Telah dibuka Semula

Tempoh latihan: Setahun.

Elaun sebulan RM800 ++

Tempat tinggal disediakan

Pemegang Diploma/Ijazah UiTM atau mana IPTA/IPTS

Umur : Tidak melebihi 30 tahun.

Sila hubungi Koordinator Tuns Mekar Melaka Tn Hj Shariff di talian 016-631 5305 utk temujanji.

layarai http://tunasmekar.uitm.edu.my/

Monday, November 1, 2010

Panduan Selangkah Ke Ijazah

Buat adik2 juniorku sekalian, disini saya ada senaraikan program - program yang ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjantentu a Muda UiTM. Terdapat 13 program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di Kampus Induk iaitu Kampus Shah Alam. Terdapat juga beberapa kampus yang menawarkan program ini tetapi hanya melibatkan program tertentu sahaja. Berikut merupakan program - program tersebut :

  1. Bachelor of Science (Hons) (Information Technology) - CS220
  2. Bachelor of Science (Hons) (Intelligent System) - CS223
  3. Bachelor of Science (Hons) (Business Computing) - CS224
  4. Bachelor of Science (Hons) (Data Communication & Networking) - CS225
  5. Bachelor of Science (Hons) (Information System Engineering) - CS226
  6. Bachelor of Computer Science (Hons) - CS230
  7. Bachelor of Science (Hons) (Netcentric Computing) - CS231
  8. Bachelor of Computer Science (Hons) (Multimedia Computing) - CS233
  9. Bachelor of Science (Hons) (Statistics) - CS221
  10. Bachelor of Science (Hons) (Actuarial Science) - CS222
  11. Bachelor of Science (Hons) (Computational Mathematics) - CS227
  12. Bachelor of Science (Hons) (Management Mathematics) - CS228
  13. Bachelor of Science (Hons) (Mathematics) - CS229
Mahasiswa - mahasiswi lepasan Diploma Sains Komputer disarankan memilih program yang bermula dari 1-8 manakala selebihnya adalah untuk Diploma Sains Kuantitatif, Sains Aktuari dan Sains Statistik. Hal ini demikian bagi memudahkan dan mempercepatkan tempoh program yang anda ambil. Pengecualian Kredit (PK) hanya layak untuk beberapa subjek sahaja. Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan program - program yang ditawarkan, mempunyai sebarang kemusykilan, ingin lebih tahu apa kebaikan dan faedah serta manfaat setipa program, boleh sekiranya dirujuk pada koordinator anda. Jika segan dan malu, abang - abang dan kakak senior sedia membantu. Yang penting, hilangkan sifat malu yang menyelubungi diri anda, demi masa depan dan kejayaan yang dicari.