Tuesday, March 16, 2010

Arsenal Cemerlang, FSKM longlai....

Assalamualaikum....
Hahahahaha...mungkin ramai menyampah tengok tajuk n3 kali ni...tambahan pulak yg bukan penyokong Arsenal....saja nak tengok reaksi yg membacanya...

Mungkin lambat saya komen pasal sukan SAFA....kalau n3 sebelum ni, sikit punya puji pasukan FSKM SAFA...tapi n3 kali ni macam tak bersemangat....Saya telah mengikuti 3 kali sukan SAFA...tanya En. Mazlan, yg begitu taat dengan sukan di FSKM ni....

1st SAFA kita lebih kepada mengambil bahagian saja, dapat masuk semi-final dalam mana2 event dah cukup bagus dan bangga....2nd SAFA, last year kita menunjukkan satu prestasi yg baik..kita berkongsi tempat ke 3 ,kalau x salah saya, pasukan FSKM ada yang masuk Final dalam event tertentu spt Volleyball lelaki , bowling perempuan dan Johan Futsal lelaki. Itupun sebab ada pasukan dari kampus Bandar, tapi tahun ini Kampus Bandar tidak menyertainya dan peluang untuk mendapat tempat PERTAMA memang ada....


Walaubagaimana pun tahniah untuk semua yang mengambil bahagian dan mereka yang tidak jemu menyokong pasukan FSKM....tahniah kepada En. Mazlan dan pasukannya...



Ramai juga pensyarah yang mengucap tahniah kepada pasukan FSKM melalui email staf. Tempat ke 3 di belakang FPP dan FPPP, namun saya lihat pasukan wanita banyak kemajuannya..Tahniah dan teruskan.



Daripada perbincangan saya dengan En. Mazlan terdapat kesilapan teknikal dan strategi yang berlaku yang menyebabkan kita kehilangan markah. Sebagai contoh , semasa Futsal wanita , pasukan B , berpeluang untuk ke 1/4 final dan mungkin boleh keperingkat seterus, kalau tidak kerana menurunkan pemain dari pasukan FSKM A. Hasilnya FSKM B , disqualified. Begitu juga dengan badminton , pemain yang keletihan diturunkan juga , salah strategi. Itulah pentingnya pengurus pasukan terus berada bersama pasukan sehingga tamat pertandingan. Mungkin pengurus pasukan boleh memberi nasihat , penting juga pengurus pasukan mempunyai hubungan baik dengan pemain, sekurang-kurangnya boleh motivate pemain....Walaubagaimana pun tahniah kepada pengurus yang meluangkan masa untuk pasukan SAFA FSKM .

Semoga SAFA FSKM belajar dari kesilapan yang berlaku. Diharap juga permainan seperti sepaktakraw dan pingpong dapat menunjukkan kemajuan pada masa hadapan disamping pasukan2 lain meneruskan kemajuan yang ada.

Akhir kata , MAJU SUKAN UNTUK FSKM.

Dengar cerita HARI ICT dan Matematik berjalan dengan jayanya...Tahniah...

Jaga diri, Jaga peribadi.

Salam kecermerlangan.
zfz

Tuesday, March 2, 2010

FSKM Cemerlang SAFA Fasa 1 2010

Assalamualaikum.

Seperti biasa FSKM telah mengambil bahagian dalam pertandingan Sukan Antara Fakulti (SAFA) UiTM Melaka. Sukan tersebut terbahagi kepada 2 Fasa iaitu Fasa 1 yang dijalankan pada minggu lepas dan Fasa 2 akan dijalan pada minggu ini.

FSKM cemerlang dengan menduduki tempat ke 2 secara keseluruhan bagi Fasa 1. Diharapkan FSKM dapat meningkatkan lagi prestasi pada Fasa ke 2 ini , supaya FSKM dapat mencipta sejarah tersendiri menjadi Johan keseluruhan nanti.

Tahniah kepada semua pelajar2 yang mengambil bahagian serta pensyarah2 yang sedia meluangkan masa menjadi pengurus pasukan. Tetapi bagi saya orang yang banyak menyumbang kepada kejayaan adalah En. Mazlan kita yang sentiasa bersama pemain2 tanpa mengira masa. Tahniah dan terima kasih kepada beliau.


KEPUTUSAN PERLAWANAN FASA 1 ( 27 - 28 FEB 2010 )
KEJOHANAN SUKAN ANTARA FAKULTI
(SAFA) 2010 UITM MELAKA


BOLA SEPAK

JOHAN : FSKM (Fakulti Sains Komputer & Matematik)
NAIB JOHAN : FPP ( Fakulti Pengurusan Perniagaan )
LAYAK SEPARUH AKHIR : FSSR & FSPPP

BADMINTON

JOHAN : FPP ( Fakulti Pengurusan Perniagaan )
NAIB JOHAN : FSPPP( Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi))
LAYAK SEPARUH AKHIR : FPN & FSKM


FUTSAL (L)

JOHAN : FPN ( Fakulti Perakaunan )
NAIB JOHAN : FSKM (Fakulti Sains Komputer & Matematik)
LAYAK SEPARUH AKHIR : FKPM & FPP

FUTSAL (W)

JOHAN : FPP ( Fakulti Pengurusan Perniagaan )
NAIB JOHAN : FSKM (Fakulti Sains Komputer & Matematik)
LAYAK SEPARUH AKHIR : FPTP (A) & FPTP (B)


BOLA BALING (L)

JOHAN : FPP ( Fakulti Pengurusan Perniagaan )
NAIB JOHAN : FSPPP ( Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi )
LAYAK SEPARUH AKHIR : FSKM & FPTP

BOLA BALING (W)

JOHAN : FSPPP ( Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi )
NAIB JOHAN : FSKM (Fakulti Sains Komputer & Matematik)
LAYAK SEPARUH AKHIR : FPTP & FPP


KEDUDUKAN KESELURUHAN FAKULTI SEHINGGA 2 MAC 2010
KEJOHANAN SUKAN ANTARA FAKULTI
(SAFA) 2010 UITM MELAKA


1. FPP ( Fakulti Pengurusan Perniagaan ) 130
2. FSKM ( Fakulti Sains Komputer & Matematik ) 110
3. FSPPP ( Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi ) 80
4. FPN ( Fakulti Perakaunan ) 40
4. FPTP ( Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat ) 40
6. FSSR ( Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka ) 10
6. FKPM ( Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media ) 10
8. TESL ( Fakulti Pendidikan )
8. FPHP ( Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan )


Semoga FSKM terus cemerlang.

Jaga peribadi , Jaga diri.

Salam kecermerlangan.
zfz