Tuesday, March 16, 2010

Arsenal Cemerlang, FSKM longlai....

Assalamualaikum....
Hahahahaha...mungkin ramai menyampah tengok tajuk n3 kali ni...tambahan pulak yg bukan penyokong Arsenal....saja nak tengok reaksi yg membacanya...

Mungkin lambat saya komen pasal sukan SAFA....kalau n3 sebelum ni, sikit punya puji pasukan FSKM SAFA...tapi n3 kali ni macam tak bersemangat....Saya telah mengikuti 3 kali sukan SAFA...tanya En. Mazlan, yg begitu taat dengan sukan di FSKM ni....

1st SAFA kita lebih kepada mengambil bahagian saja, dapat masuk semi-final dalam mana2 event dah cukup bagus dan bangga....2nd SAFA, last year kita menunjukkan satu prestasi yg baik..kita berkongsi tempat ke 3 ,kalau x salah saya, pasukan FSKM ada yang masuk Final dalam event tertentu spt Volleyball lelaki , bowling perempuan dan Johan Futsal lelaki. Itupun sebab ada pasukan dari kampus Bandar, tapi tahun ini Kampus Bandar tidak menyertainya dan peluang untuk mendapat tempat PERTAMA memang ada....


Walaubagaimana pun tahniah untuk semua yang mengambil bahagian dan mereka yang tidak jemu menyokong pasukan FSKM....tahniah kepada En. Mazlan dan pasukannya...



Ramai juga pensyarah yang mengucap tahniah kepada pasukan FSKM melalui email staf. Tempat ke 3 di belakang FPP dan FPPP, namun saya lihat pasukan wanita banyak kemajuannya..Tahniah dan teruskan.



Daripada perbincangan saya dengan En. Mazlan terdapat kesilapan teknikal dan strategi yang berlaku yang menyebabkan kita kehilangan markah. Sebagai contoh , semasa Futsal wanita , pasukan B , berpeluang untuk ke 1/4 final dan mungkin boleh keperingkat seterus, kalau tidak kerana menurunkan pemain dari pasukan FSKM A. Hasilnya FSKM B , disqualified. Begitu juga dengan badminton , pemain yang keletihan diturunkan juga , salah strategi. Itulah pentingnya pengurus pasukan terus berada bersama pasukan sehingga tamat pertandingan. Mungkin pengurus pasukan boleh memberi nasihat , penting juga pengurus pasukan mempunyai hubungan baik dengan pemain, sekurang-kurangnya boleh motivate pemain....Walaubagaimana pun tahniah kepada pengurus yang meluangkan masa untuk pasukan SAFA FSKM .

Semoga SAFA FSKM belajar dari kesilapan yang berlaku. Diharap juga permainan seperti sepaktakraw dan pingpong dapat menunjukkan kemajuan pada masa hadapan disamping pasukan2 lain meneruskan kemajuan yang ada.

Akhir kata , MAJU SUKAN UNTUK FSKM.

Dengar cerita HARI ICT dan Matematik berjalan dengan jayanya...Tahniah...

Jaga diri, Jaga peribadi.

Salam kecermerlangan.
zfz

4 comments:

Anonymous said...

sempat lg psl arsenal.. haish..

Anonymous said...

we play n we put everything but no luck...our management still out but all players show their best...the truth on SAFA 2010

Anonymous said...

besnyew.......nk main bowling tuk FSKM lg...

zfikri said...

Salam...
Did I say that the player do not show their best ? I don't think so." tahniah untuk semua yang mengambil bahagian dan mereka yang tidak jemu menyokong pasukan FSKM....tahniah kepada En. Mazlan dan pasukannya..." quoted from the n3.... Which management had a problem, UiTM Melaka or FSKM itself...what is/are the problem(s)? Let tell us , so that it will not happen again n again...
Majulah sukan untuk FSKM.