Wednesday, July 21, 2010

Wanita Solehah




Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama
.

credits : nurjeehan in Puisi, Wanita & Keluarga

Friday, July 2, 2010

ALUMNI ??????

Assalamualaikum....

hus...sesat juga saya nak cari blog ni...penuh dengan sarang labah2....penat membersihkan pun tak habis lagi...ingatkan sepeninggalan saya..ada orang yang sudi menjaga blog ni...tapi.....



Saya rajin juga bertanya khabar pelajar2 yang belajar di Shah Alam , samada bila berjumpa dengan mereka atau melalui YM....nampaknya maksud ALUMNI tidak sampai maksudnya...lebih kepada maksud.."melepaskan diri masing-masing"....tiada tolong-menolong antara alumni AreCS...lebih kepada semangat semester masing-masing....yang muda dibiarkan...yang senior ......Itu tanggapan saya...mungkin salah kot....



Untuk update mereka yang berada diluar...2 orang pensyarah telah bertukar ke UiTM Kuala Pilah iaitu Puan Rosnani dan Puan Jamaliah...Terdapat juga pensyarah2 baru yang joint CS...saya pun tak kenal...Maklumat yang saya terima terdapat lebih daripada 100 orang pelajar yang mendaftar dalam program CS110 untuk semester Jun 2010...

Apa khabar dengan pelajar2 diploma yang melompat ke Degree...dengar cerita anda gembira disana..Alhamdulillah....result pun bagus.....Pastikan CGPA > 3....

Oklah..saya memang susah nak update blog ni sebab tak ada maklumat...lagi pun saya perlu jaga blog saya sendiri yang mana saya lebih bebas menulis....

Akhir sekali mohon ampun dan maaf kalau ada yang terasa.....