Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Menziarah Lagi..... :))

Assalamualaikum.....

Insya'Allah , lusa kita akan mula berpuasa....Alhamdulillah...Fadilatnya memang banyak....

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Berpuasa bukan bererti tidur...ramai yang ambil kesempatan bulan Ramadahan ini untuk berjaga sehingga ke pagi studi (baguslah) tapi tidur sehingga hampir waktu berbuka pada siangnya....semuanya terlepas...

Kepada pelajar2 baru mungkin satu pengalaman baru...tambahan pula mereka yang tinggal diluar...masak di rumah atau diluar....pandai2lah...jangan pulak malas nak bersahur.....rugi pahalanya....yang bekerja dan duduk sendiri..ini mungkin pengalaman yang "seronok"....jangan jadikan bulan puasa ni sebagai alasan lambat ke kuliah atau kerja....

Saya masih ingat lagi masa belajar dulu...kena masak sendiri, biasalah student CS , assignment kena guna komputer n terpaksa guna komputer kat kolej sebab komputer sendiri tak ada...so bila turn kena masak...balik rumah kul 2 ptg ..masak...lepas tu balik semula kolej sambung kerja...berbuka dikolej je la...ala kadar je...kul 10 mlm, balik baru makan nasi....sorryla...org jual banyak...tapi x blh makan...haram...hahaha...mmg bila teringat masa dulu...seronok juga...so sekarang korang punya turn pulak...jgn bermasam muka bila berbuka...x baik..hahahah

Apa2 pun...
Selamat Berpuasa Semoga mendapat KeBerkatan Bulan Ramadhan ni....Yang banyak berkatnya...

Baru2 ni..pensyarah2 CS bergambar untuk kenang2an..mungkin ramai yang x kenal sebahagian pensyarah yg ada dalam gambar ni....pensyarah baru joint...Yang x ada dalam gambar P.M. Mustafa , Pn. Rosnani n Pn Jamaliah...

Akhir kata,
Salam Kejayaan Untuk Semua.
zfz

0 comments: