Thursday, August 20, 2009

~SaLaM RaMadHaN~


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Wednesday, August 12, 2009

H1N1 - Inikah Pengakhiran Umat Nabi Adam???

Assalamualaikum pembuka bicara kepada semua yg dirindui selalu..lame rasenye x mngunjungi blog ni..almaklum laa,bz skrg..mcm2 kne wat,kne join..bisnes lg..huhuhu!! kali ni hmbe bukan nk sembang psl biz.tapi macam tajuk kat atas tu,pasal H1N1..1st of all,ape pndangan korang pasal bnde ni??bermula dengan dijadikan sekadar bahan jenaka dan lawak, H1N1 kini telah meragut 44 orang di Malaysia & beribu lagi di dunia. Dan hal ini saya berani jamin dan sangat sure berpuluh ribu dan bakal mencecah jutaan umat manusia bakal menjadi mngse virus ni..hmbe masih ingat lagi mase hambe jalan2 dekat times square sbulan yang lepas..hambe terdengar perbualan sekumpulan anak muda.mereka berkata "apela nak kene pakai topeng2 ni,nak jadi ottromen kot diorang ni"..disusuli dengan gelak tawa rakan2nye.mungkin sesetngah daripada kite memang tak pandang kesah & takutkan ancaman virus ni,tapi ingatla wahai saudaraku,ajal tak kenal waktu. pelbagai pandangan diberikan berkenaan virus ni..ade yang ckap ni bala dari Allah,bencana untuk manusia yang semakin jauh dan alpa dengan Tuannye(yakni Allah),pengakhiran zaman,dan ade juga yang berkate pendekatan ke arah KIAMAT!! bagaimana dengan pandangan saudara semua??hmbe bukan nak berceramah agama,hmbe pon bukan golongan yang baek dan alim.cume hmbe ingin meingatkan kita yang selalu hidup alpa dan bergelumang dengan dosa dan maksiat..Persoalannye - SEDARKAH ANDA SEMUA KITA SEMAKIN HAMPIR DENGAN NYA??!!

Friday, July 31, 2009

Rahsia Sukses

Dipetik daripada suratkhabar Siasah....mungkin boleh dikongsi ilmunya.....Mungkin ada diantara kita...study dah kuat dah...tapi resultnya tidak seperti yg diimpikan..atau mungkin "gabra" masa exam atau quiz....hopefully , ada yang dapat menafaatkanya..(klik imej tu untuk besarkan).

Salam Kecermerlangan
xkoordinator

Wednesday, July 29, 2009

Peluang Pekerjaan di PETRONAS Carigali

Assalamualaikum,
Di sini saya sertakan email yang saya terima daripada Encik Mohd Hafidz, Petronas Carigali yang mana beliau telah menelefon saya untuk mencari graduan-graduan yang baru tamat dan belum ada pekerjaan. Jadi saya minta beliau emailkan maklumat dan siapa yang boleh dihubungi. Jadi, bagi sesiapa yang berminat, boleh rujuk kepada Encik Hafidz, dan maklumkan bahawa anda pelajar FSKM, UiTM Melaka.

Cubalah rebut peluang ini, mana tahu anda ada rezeki di sini. Di samping itu, bertawakkal dan berdoa.

Assalamualaikum and a very good day,

As a fast growing company in the world, PETRONAS is in the midst of recruiting the best candidates as its employees. In this efforts, we have notify your faculty is known for serving only the best quality of education and facilities for the students.

Therefore, we would like to have your undergraduates’ CVs/ resumes submitted to us for our screening and selection. In another way, this cooperation will appears as a golden opportunity for them to join us in our journey of becoming the global champion of the oil and gas industry.
Please submit the CVs/ resume to this email address.

Your kindness and cooperation are highly valued.

Do not hesitate should you have any problem with inquiries and clarification.
P/s: It would be great if I can have current available candidates.

Kind regards,
Mohamad Hafidz Bin Arifin
Talent Sourcing, HRM Department
PETRONAS Carigali Sdn Bhd
Level 26 Tower 1 PETRONAS Twin Tower KLCC
50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-2331 0500 Fax : 03-2331 6460
Email: hafidz_arifin@petronas.com.my




Salam dari,
Normaziah

Tuesday, July 28, 2009

H1N1 Musibah ????

Assalamualaikum....

Mungkin ramai yang kecewa apabila Kampus Alor Gajah dibuka minggu ini....bukan sahaja kena datang semula...tapi cuti yang lepas dikira sebagai "Mid-Term Break"....Penyakit H1N1 atau selsema babi saya kira telah menjadi satu wabak...bukan penyakit biasa lagi....Kita sendiri tidak tahu bila wabak ini akan tamat....Apa yang boleh kita buat.....

Hanya satu....Berdoa....kepada Illahi...

Disamping itu kita juga kena mengambil apa yang berlaku sebagai satu iktibar kepada kita...kena muhasabah diri kita....Mungkinkah ini satu bala kepada kita....Mungkin terlalu banyak kemusnahan (dosa) yang telah kita lakukan.....dosa dan pahala kita tak dapat bezakan lagi....kita bangga dengan dosa yang kita lakukan, kita tunjuk pada orang... (????) ...dah tak ada sifat malu
lagi...fikir-fikirkan lah.....

Ada juga yang mengelikan hati...ada yang gembira bila H1N1 melanda kampus...ada yang berterima kasih lagi pada H1N1...dan ada yang berdoa supaya kampus mereka dilanda H1N1...pelikkan...panas telinga ???? Kalau nak cuti sangat...doakan anda sendiri kena selsema babi ni...yang sedihnya...orang yang tak berdosa yang kena....

Marilah kita berdoa supaya..wabak ni tamat supaya kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa....tambahan pula Ramadhan sudah hampir....

Tak kira dimana anda berada...Jaga diri anda.....

Saya doakan semoga anda semuanya Sihat Walafiat dan dijauhi segala bencana dan diberkati kehidupan Allah S.W.T.

Salam kecermerlangan.....
xkoordinator

Wednesday, July 15, 2009

Tahniah Kepada Semua Pelajar Yang Baru Tamat

Assalamualaikum,

Di sini saya senaraikan nama pelajar yang baru tamat Diploma Sains Komputer pada Mei 2009. Walaupun agak terlambat, tapi saya ucapkan tahniah kepada semua. Saya dimaklumkan kebanyakan daripada telah melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda (degree) di UiTM Shah Alam... sekali lagi ucapan tahniah dari kami pensyarah Sains Komputer) dan selamat berjuang sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang.

Manakala, kepada yang telah bekerja, Selamat Bekerja dan jika berpeluang, teruskan pengajian anda ke peringkat yang lebih tinggi. Semuanya terletak kepada diri anda semua. Buat sesuatu yang anda minat.

Senarai graduan Diploma yang baru tamat adalah seperti berikut :


ZULFADLI BIN ISMAIL
MOHAMAD HANIS BIN ABU CHEK
MOHD NOOR FATTA BIN NASRI
MUHAMAD ARSHAD BIN ABU SAMAH
MOHD NORSHAHRIM BIN BISNI
SIDI BUKHARI BIN SIDI OMAR
MOHD HAIRIL BIN JAKARIA
MOHD HANIFF BIN JAMALUDIN
MOHAMMAD FADHIL BIN OTHMAN
MUHAMMAD SHAZWAN BIN HUSIN
SYAH IZUAN BIN M. SALIM
WAN MOHD AZREEN BIN WAN MD NOOR
AZRUL IZWAN BIN ABDUL RAHMAN
ABDUL MALEK B HARON
MOHD SHAFIQ BIN HUSIN
MOHD HAFIZUL B ISMAIL
MOHAMAD AIDIL BIN YACOP
MOHAMAD AMMAR BIN ABDUL RAHIM
INTAN NURHEANY BT YUSRY ZAINOL
NOR BAIZURA BINTI ZAILAN
ZALEHA BINTI ISMAIL
NUR 'IZZATI BT MEOR SEPLI
SYADATUL ADAWIYA BINTI ZAINAL ABIDIN
NOOR SYUHAIDA ELYZA BINTI RADZALI
NUR ASYURAH BT MD ALI
ROSDILLA BINTI MAHADI
HERNIROS BT ROSLAN
INTAN NORATIKA BT MAT SAH
ATIQAH BINTI MD NOAH
NORLIANA AZIZZA BINTI NORDIN
NORAZIAN BINTI ROSLAN
ARWAH UBAIDULLAH BIN MOHD BASRI
(telah kembali ke rahmatullah pada 27 Jun 2009- Al- Fatihah)

Dengan ini, automatik anda semua menjadi alumni AreCS UiTM Melaka. Tahniah !!


Monday, July 13, 2009

Selamat Belajau.....dan Bekerja.....

Selamat Kembali Ke Kampus


Assalamualaikum….

Selamat datang kepada pelajar2 baru AreCS yang terdiri daripada 138 orang (lima kumpulan). Satu angka yang tidak dijangkakan…dan mungkin akan memberi “impact” ke UiTM Melaka kot….harap2 biarlah yang baik2 aje…Kelas yang baru bermula minggu lepas mungkin tidak begitu teratur, tambahan pula terdapat kelas2 yg. melalui proses “evolusi” untuk kesenangan pelajar2.

Bagi yang telah berpindah ke UiTM Shah Alam, bermula episod baru…hahahaha…tinggal luar le..kome… pandai2lah jaga diri…pd yang telah berada di Shah Alam semenjak last semester , bantu2lah mereka yang baru ni…Inilah pentingnya Ukwah antara AreCS…

Kepada semua yang baru , lama baru (yg. baru buat degree) dan yang lama , pasanglah niat awal2 lagi…datang nak belajau…..kesian kat mak bapak kat rumah tu….tambahan sekarang ni…tak ada subsidi makan dah..pandai2lah cari makan…makan maggi ke…kepada yg buat Latihan Pratikal…kerja betul2..jgn main…

Kepada yang telah bekerja….jangan lupa sambung belajar bila ada peluang..kalau ada peluang baik…jgn lupa pd AreCS…boleh dikongsi bersama…

Apa Pun Yang Anda Buat…Jaga Nama Baik AreCS………

Last sekali….Selamat Hari Raya…eeehhh lambat lagi…..sebenarnya nak cakap…pada mereka yang belum habis ganti puasa tu…cepat2lah ganti…Ramadhan nak tiba dah…..hahahahaha


Jangan lupa


dan &


jangan suka ponteng kelas.




Semoga anda semua berjaya dalam bidang yang diceburi…..

Salam Kejayaan dan Keberkatan

xkoordinator