Thursday, March 31, 2011

Nurul Khairiyah Kembali Ke Rahmatullah...Al-Fatihah


Assalamualaikum,Al-Fatihah untuk arwah Nurul Khairiyah

Berita sedih yang diterima melalui sms daripada Puan Normaziah memberitahu bekas pelajar CS110 UiTM Melaka dan alumni AreCS telah kembali ke rahmatullah. Dimaklumkan arwah telah terlibat dalam kemalangan di Shah Alam (terjatuh dari motor yang ditunggang beliau )pada hari Ahad lepas dan dalam keadaan koma sehinggalah beliau meninggal dunia hari ini...malam yang penuh kerberkatan. Malam Jumaat. Sepanjang saya mengenal arwah , beliau adalah seorang yang pelajar yan baik, ceria dan banyak membantu menaikkan nama AreCS.


Ini merupakan kehilangan kedua ahli alumni AreCS setelah arwah UBAIDULLAH BIN MOHD BASRI2 pada 6/6/2009. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman untuk mereka berdua.

Ya, Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah hambamu Nurul Khairiyah binti Selamat.

Ya, Allah! Ampunilah hamba MU Nurul Khairiyah binti Selamat, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah kesalahannya, hormatilah kedatangannya. Luaskanlah tempat persemadiannya; bersihkanlah(mandikan dia dengan air, air batu(sejuk) dan air embun). Sucikanlah dia dari sebarang dosa sebersih kain putih yang dibersihkan dari kekotoran,gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan gantikan ahli keluarganya dengan ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan peliharalah dia dari seksa kubur, fitnahnya dan sengsara api neraka. Dengan rahmatMU wahai Yang Maha Pengasih.
Amin Amin, Ya Rabilalamin.

Semoga rohnya dicucuhri rahmat.

3 comments:

Anonymous said...

As Salam , saya telah menghadiri hari pengebumian arwah, ramai yg hadir termasuk kawan2 dari shah alam , perlis dll.Datuk Pengarah UiTM Melaka juga hadir di tanah perkuburan.Terima kasih. Alhamdulillah , Masjid Al-Hikmah UiTM Melaka juga mengadakan tahlil selepas sembahyang Jumaat hari ni. Al-Fatihah.

zfz

Anonymous said...

al-fatihah =(

Anonymous said...

al fatihah buat arwah... juga kpd arwah ubaidulah