Saturday, February 12, 2011

Cabaran Membangun Perisian

Assalamualaikum...

Membangun perisian baru pada masa sekarang memang sungguh mencabar. Perisian yang dibina pada masa sekarang perlulah dibina dalam "platform" rangkaian. Kalau dulu atau semasa belajar mungkin yang penting adalah perisian yang dibangunkan berfungsi (walupun tidak sepenhnya). Tapi bila anda memasuki alam kerjayaya , perisian yang dibina bukan sahaja perlu berfungsi dengan betul tapi ada perkara lain yang perlu diambil kira seperti HCI , kelajuan dan keselamatannya...

Bayangkan jika anda membina persian untuk digunakan oleh sistem pergerakan keretapi atau kapalterbang, jika perisian anda mempunyai "bugs" yang menyebabkan ia tidak berfungsi dengan betul ..apa akan terjadi...kapalterbang terhempas atau keretapi berlanggar sesama sendiri....

Bagaimana pula dengan sistem keselamatan perisian yang dibangunkan. Apa guna membina perisian yang canggih tapi perisian tersebut boleh dicerobohi....maklumat boleh dicuri dan sebagainya..uhhhh....mencabar sungguh membina perisian sekarang...tapi mana ada kerja yang senang.....Semoga anda semua berusaha menadi perkerja yang cemerlang dan baik...

Jaga keimanan , jaga peribadi dan jaga diri......

zfz

1 comments:

Melyuis said...

itu yang dikatakan kemudahan, kalau kita tak merebut peluang ini amat rugi, dah le ketinggalan dalam ekonomi, tapi dalam IT pun perlu diterapkan nilai semangatnya