Sunday, February 28, 2010

Renungan Bersama



Jaga Diri Jaga Peribadi

Salam kecermerlangan
zfz

Saturday, February 6, 2010

Anda Bengong ????????

Salam....
Mungkin keras sikit tajuk n3 ni...Sapa tak x tahu word Bengong , maksud dia lebih kurang tolol le....tolol maksud dia......b...
Anda ingin dapatkan duit 1 juta dan dalam pertandingan tu ada 2 peringkat, untuk sampai ke peringkat ke 2 anda perlu melalui beberapa saringan dan mendapat tempat 3 teratas antara peserta2 yg bertanding....Tapi anda tak pun masuk saringan tersebut tapi masih nak duit 1 juta tu...BUKAN KE ANDA BENGONG....

Begitu juga semasa anda belajar , sebelum anda menduduki pepriksaan akhir , anda mempunyai peluang untuk mengumpul markah melalui kuiz, assignment dan projek supaya anda dapat keputusan yang bagus atau sekuang-kurangnya LULUS. TAPI bukankah anda BENGONG bila tidak menduduki kuiz, tidak menghantar assignment atau projek....tak tahu nak buat....jawapan yang BENGONG lagi,,,bukankan anda boleh berbincang dengan kawan2 atau pensyarah...Anda adalah bertambah BENGONG apabila anda telah gagal 2x , dan gagal yg ke3 akan menyebabkan anda dibuang..tapi anda terus dengan sikap BENGGONG anda...maka bertambah-tambah BENGONGlah anda...Jumpala dan mintalah bantuan pensyarah jika tak faham...

Pensyarah tidak membantu atau susah nak berjumpa...atau anda buat kerja last minit...kalau betullah pensyarah bersikap begitu kenapa tak complaint...takut nak complaint...sekarang tak payah jumpa koordinator...isikan saja borang prestasi pensyarah...tulisla apa yang anda nak tulis...kalau pensyarah tu teruk, komen la supaya pensyarah tu sedar dan berubah, tidak la asyik perasan dia bagus...tapi kalau pensyarah tu bagus bagilah komen yang bagus2 supaya dia terus dengan sikap bagus dia...sekarang ni borang tu adalah secara on-line...so tak perlu takut kena black list...guna hak anda...
so in future tak ada lagi komen , gagal sebab pensyarah tak bagus....Jangan jadi BENGONG....





Jadi diharap tidak ada lagi pelajar BENGONG, kalau masih ada lagi ...saya rasa mereka harus ditendang....ANDA BENGONG....?!!!!!

Maaf jika n3 ini menguris hati sesiapa....tak tahu lagi mcm mana nak ubah mereka yang BENGONG ini...

"Ya ALLAH , Ya Rahman , Ya Rahim , Jauhilah Pelajar2 dan Bekas2 Pelajar CS110 UiTM Melaka daripada sikap Bengong". Amin.

Jaga Diri, Jaga Peribadi

Salam Kecermerlangan
zfz

Friday, January 29, 2010

Tanya Khabar.....

Salam...

Senyap sunyi blog ni...bulan Januari 2010 hampir melabuh jendela...tiada cerita menarik...siapa punya blog....En. Zainal le...Hahahahah :) Bukan...Ini bukan blog saya...banyak kali sudah saya menafikan...mungkin bila melihat saya banyak post pada blog ni....Tapi cuba CHECK BETUL-BETUL...ada juga orang lain yang post...maksudnya...orang lain pun boleh post dalam blog ini...TAPI.......

Bila saya bukan lagi dalam "senarai pensyarah CS110 UiTM Melaka" susah saya nak mendapat berita2 baru untuk dilapurkan.... Jadi untuk memastikan blog ini penuh dengan post...saya mencadangkan sesiapa yang nak menyumbang post dalam blog ini boleh email post anda ke zfikri2008@yahoo.com dan kemudian saya akan masukkan dalam blog ni.....nak bagi password pada semua...mungkin mustahil...Macam mana ok tak...terutama kepada mereka yang diluar UiTM MELAKA...nak juga mendengar berita daripada luar...

Saya mengucapkan Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru yang bilangannya tidak berapa ramai 12 orang katanya...tak apa, yang penting...CS110 terus bertapak di UiTM Melaka...Nasihat saya...Study Hard , Jaga peribadi dan jauhkan dari GAMES...hahahaha Wining 11 Insya' Allah anda akan berjaya....



Kepada yang telah menjadi Alumni , selamat berjaya biar dimana jua anda berada....jangan putus hubungan....Kepada yang sambung kepada Degree....work hard..pastikan anda mendapat CGPA > 3.... semalam saya ke Shah Alam...huh..parking..mengerikan...saya yang tiada "TAG" , terpaksa parking diluar "tol gate"...nasib baik tak kena "clamp"...kat Melaka...tak ada kot...parking mewah....itulah cabaran belajar di Shah Alam...belum yang lain2....Anyhow, Good Luck..Wish U all the best...tegurlah saya kalau terserempak...Insya'Allah saya akan terus berulang-alik ke Shah Alam dalam 2 tahun ni....

Kepada mereka yang terus belajar di sini...jangan jauh hati...2 tahun lagi Insya'Allah anda akan menghadiri Majlis Konvo (Part 4 )......dan ke Shah Alam dengan Diploma telah ada ditangan anda....Jaga peribadi , Jaga Diri....


Saya dimaklumkan Anugerah Pelajar Berdisplin UiTM Melaka telah terlepas daripada fakulti kita....sedih....memang terdapat beberapa kes displin yang berat yang melibatkan pelajar CS110....Jagalah nama baik CS110....Yang baiknya terdapat mereka yang masuk pertandingan IID di Shah Alam telah memenangi pingat....Keep up...harap2 usaha2 ini diteruskan pada tahun ini dan seterusnya....

Banyak dah saya membebelkan....tiada niat pun nak membebel banyak2...tapi itu tanda saya sayangkan CS110 UiTM Melaka...tetap dan sentiasa dihati....

So , tingkatkan usaha...dan terus work as a team.....bilangan alumni dah bertambah di Shah Alam...so tolong-menolonglah antara anda...eratkan ukhwah...yang baru dibantu , yang lama dihormati....

Akhir sekali semoga segala usaha pada tahun ini diberkati Allah S.W.T. Selamat Tahun 2010...

Jaga Diri, Jaga Peribadi.
Salam Kecermerlangan

zfz

Marilah ramai2 joint blog ni.....

Friday, December 11, 2009

CS223 -info

Salam~

I heard dat student cs at malacca having problem on deciding wut
course shud they take on continuing their studies later, here are some guides
for those who r interested on course Intelligent System Engineering (CS223)
(ala..kos robot2 tu ni la dia)

Well much say klu korg tanye pakcik GOOGLE ade byk le info yg korg akan dpt huhu.
Ni sikit sbyk lew infonye

Klu kat negara lain org knl kos ni ngn name Artificial Intellient (Ai) even klu korg
carik kat tenet pon mmg ini la yg kuar.
Ai ni klu xsilap ak, ade kat UiTM ngn UM je (if xsilap la)

Klu ko terer programming ko ni da kire tiptop la, but dun wury for those yg xbrape pndai programming, kat sane leh blaja lg, lecturer Ai kat s.alam bagus2, sgt besss, klas ko xkn boring punyer, ppr dia plak xdek nk bace2 n hafal cam networking tu, just gune logical thinking ko je(ko blaja nnt) pastu
apply je, ppr sumer mmg related to each other. Eg : klu Ai blaja binary tree, ppr math pon blaja binary tree gak

lagik...
Klu psl future job plak ko xyah risau eventho Malaysia tercinta kita ni blom ade lagi wat
robot cam asimo tu tp da byk gak company yg apply Ai. Eg : kat kilang kete , machine yg
cabut psg bodypart kete tu, lengan2 robot yg brgerak tu la Ai nye system. Mostly kilang2 byk nk pki
engineer Ai ni..google la byk lagi kuar.
klu simple Ai system yg korg da familiar plak cam fingertap machine (yg lec kite pagi2 letak jari tu).
sumer biological device tu Ai system la namanye. KP ak ckp latest system yg ngah usha2 nk invent
is system yg leh detect kesan patukan ular. klu scan je kat luka da tau ular ape yg sengat, hebat seh~

dan lagik..

klu nk refer lecturer mlake korg leh refer kat Mama Maziah n Mama Huda (cecece mama~)
coz dorg tu dulu amik kos ni gak.

P/S 1:Ak tgk citer Wall-E la ak semangt nk amik kos ni huhu, 1 day korg pon bole wat robot cam asimo tu aper~

P/S 2: Nonono~ sape ckp blaja kat s.alam best..klu Ai ni ade kat mlake mmg ak da pindah sane huhu STRESS~

Tuesday, December 8, 2009

Diploma Atau Ijazah ????

Assalamualaikum....

Pada mereka yang belajar mungkin berdebar-debar menunggu keputusan...kepada yang bekerja mungkin berkira-kira untuk bercuti panjang atau mengira BONUS kot...

Bagi pelajar semester 3 CS110 , mungkin tengah mengerut dahi...nak sambung terus ke Ijazah atau meneruskan Diploma mereka...Kalau nak sambung Ijazah , Program apa nak ambil...banyak bertanya atau merujuk kepada mereka yang arif...cth. Mr. Google.. hahahahah

Pandangan saya ( jangan terpengaruh tapi fikir ).

Kalau ambil Diploma kemudian sambung ke Ijazah...

1. Ada 2 sijil (Diploma dan Ijazah) , nak minta kerja mudah sikit...Kalau kerja di jabatan kerajaan , kalau anda ada Ijazah , anda tidak boleh mohon kerja yang memerlukan kelulusan Diploma kerana anda tak ada sijil Diploma.

2. Kalau sambung ke Ijazah , kalau Gagal (harap tidaklah) , anda tidak akan dapat apa2, kecuali anda ambil Diploma dulu. (selalunya Diploma lebih mudah daripada Ijazah).

3. Apabila anda dah ada Diploma ( dah attend Latihan Pratikal ), selalunya cara anda berfikir lebih mature, mungkin dah ada pengalaman.

4. Anda tak perlu pindah ke Shah Alam , kekal di UiTM Melaka yang menjamin tempat timggal. Di Shah Alam kolej adalah terhad.

Kalau anda sambung terus ke Ijazah.

1. Anda Jimat 1 semester...lebih glamour...

2. Nak sambung Belajar ke Master atau PhD lebih cepat.

3. Anda mungkin dapat belajar di Shah Alam, banyak hiburan hahahaha.

4. Anda boleh tinggal di luar (sewa rumah), tak payah tinggal di Kolej.


Ini adalah pandangan saya....Cubalah bertanya kepada Koordinator , Puan Normaziah kerana dia lebih arif perkara ni..dan pelajar2 senior AreCS yang telah sambung ke Ijazah, mereka mungin boleh beri pandangan....

Kepada pensyarah2 dan pelajar2 senior AreCS yang berada di Shah Alam , harap dapat memberi komen supaya dapat membantu pelajar CS110 yang perlu membuat keputusan...Bantulah mereka....untuk kebaikan Arecs.

Bawalah berbincang dengan kawan2 , keluarga dan pensyarah2. Mohon petunjuk daripada Allah S.W.T.

Jaga Diri, Jaga Peribadi.

Salam Kecemerlangan
zfz

Friday, November 13, 2009

Selamat Menjalani Latihan Pratikal

Peperiksaan final hampit tamat...mungkin pelajar lain boleh memikirkan untuk berehat panjang...tapi bagi part 5 student...ur all kena fikirkan latihan pratikal yang mendatang....Dah dapat tempat ......Kalau belum..kena put more effort..dah kritikal ni...susah2 buat kat UiTM aje...Kampus Bandar sentiasa mengalu-alukan u all...project sentiasa ada ...contact En. Wahab...bos Unit IT kat sana...

Dalam masa yang sama...polishlah u all punya programming skills...Kalau yang dah dapat tempat ..lagi mudah...check apa programming language yang company tu guna..



Jangan terperanjat pulak atau panik bila disuruh develop system menggunakan programming language yang tak pernah belajar atau tau..Ambillah peluang ni untuk belajar belajar benda yang baru....Dan ingat setiap yang anda semua lalui adalah Pengalaman Yang Berharga....


Jaga nama baik fakulti..sentiasa ikut peraturan..jangan lambat datang kerja :)

Lastly, Wish u all the best....

Jaga Diri, Jaga Peribadi.

Salam Kecermerlangan,
zfz

Hafiz...kita merancang , Allah menentukan..Setiap Kejadian..Ada Hikmahnya..

Presentation Latihan Pratikal Di Melaka

Baru2 ni seperti kelaziman di hujung semester , presentation untuk pelajar2 yang buat latihan paratikal akan dijalankan....Pelajar2 yang membuat latihan pratikal di NS dan Melaka telah diadakan....

Presentation ini bermakna akan bertambahlah lagi graduan AreCS di UiTM Shah Alam nanti...harap2 anda akan memberi kesan significant yang baik bila berada di sana nanti. Kepada yang menjerumuskan diri mereka ke alam perkerjaan , nasihat saya adalah sama...jaga nama baik AreCS...

Walau apa pun anda pilih, anda semua masih lagi warga AreCS...biar dimana anda berada...Jadilah blog ini sebagai perantaraan anda dengan AreCS....Semoga anda semua berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi....


Dari segi sistem yang dibentang saya tak boleh beri comment sebab saya hanya datang untuk mengambil gambar sahaja untuk blog ni.... Saya harap anda belajar sesuatu daripada latihan pratikal yang anda semua lalui....

Kepada mereka yang masih belum lagi buat presentation...I wish u all the best....nothing to worry...Just enjoy your presentation....

Jaga Diri , Jaga peribadi

Salam Kecermerlangan,

zfz

c u in Shah Alam next semester,Insya'Allah