Friday, May 8, 2009

Hasil Perbentangan Latihan Praktikal Mei 2009

Alhamdulillah, pelajar CS110 yang menjalani latihan di Melaka dan Negeri Sembilan telah selamat membentangkan system mereka di sini. Mudah-mudahan semua pelajar berjaya lulus latihan praktikal ini. Hasil pemerhatian saya sepanjang pembentangan oleh pelajar ini, antaranya :
1. Ada pelajar yang dapat membentangkan sistemnya dengan baik
2. Sistem yang dibangunkan tidak memenuhi keperluan latihan praktik, mungkin skop kecil – sekadar menyimpan, mengemaskini maklumat dan menghasilkan report sahaja.
3. Ada sistem masih ada error.(run-time)
4. Sistem yang dibangunkan tidak menepati objektif. Contohnya objektif utama untuk mengantikan sistem manual kepada sistem komputer, tetapi masih perlu menggunakan sistem manual.
5. Tidak menerangkan apakah tugas yang dijalankan semasa latihan industri.
6. Laporan praktikal tidak mengikut format.
7. ERD, Context Diagram dan DFD ada lagi yang silap dan tidak lengkap.

Ini adalah di antara kelemahan-kelemahan yang telah saya kenalpasti. Walau bagaimana pun, tahniah kepada yang dapat membentangkan dengan baik dan menjawab soalan daripada panel dengan lancar.

Kepada yang telah ditegur, ambillah ini sebagai pengajaran dan cabaran. Pensyarah-pensyarah panel sebenarnya bukan untuk mencari salah, tetapi ingin memperbetulkan supaya tidak terbawa-bawa kesalaha yang sama ke alam pekerjaan dan bagi yang akan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah, boleh digunakan di sana nanti. Cabaran-cabaran begini, pelajar perlu hadapi, kerana kita sebagai pelajar Sains Komputer, antara produk kita adalah sistem. Di dunia pekerjaan, kita tidak boleh anggap semua orang tahu mengenai sistem, kerana mereka datang daripada pelbagai latarbelakang seperti bsines, akaun dll, jadi kita yang perlu bertanggungjawab menerangkan bagaimana sistem manual boleh di computerised kan.

So, kepada yang telah habis menjalani latihan pratikal, apakah yang anda dapat daripada latihan ini? Dan kepada yang baru hendak menghadapai, pelajar PART 5, apakah persediaan anda untuk menghadapi latihan praktikal?

Sebenarnya, latihan industri merupakan satu keperluan kepada graduan sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan yang penuh mencabar dan onak duri selepas tamat belajar nanti. Apapun, sebagai pekerja di syarikat atau pejabat kerajaan (terutamanya bekerja berkaitan IT) yang baru, anda harus setkan di minda anda bahawa anda sama-sama bekerja untuk memajukan syarikat atau menjaga imej jabatan.
Di sini, saya berikan beberapa tips sebagai panduan anda untuk menghadapi latihan industri dengan mudah :
1. Fahami organisasi syarikat dan kaji fungsi setiap jawatan. Ketahuilah bahawa sesebuah organisasi terdiri daripada 4 kerangka utama iaitu : Organisasi, Fungsi, Politik, dan Budaya. Jika anda memahami setiap satunya, tiada masalah ketika bekerja.

2. Berkenalan dengan orang sekeliling anda dan lontarkan senyuman anda . First Impression Makes Everything Possible.

3. Fahami tugas anda dan laksanakan dengan tekun. JIka anda tidak faham dan tidak berupaya untuk melakukan tugas yang diberikan, segera bertanya atau beritahu kepada penyelia ditempat anda bekerja. Ini mengelakkan anda dimarahi Bos kerana (terutama syarikat swasta IT) mementingkan kualiti kerja dan dapat menyiapkan tugas yang diberikan tepat pada masanya.

4. Sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik pada pekerja lain serta fokus pada kerja.

5. Selalu mengemaskini laporan Latihan Praktikal anda dan peka pada tarikh kedatangan Penyelia (dari tempat anda belajar) ke tempat kerja anda.

Lastly, semoga semua sukses. Pelajar part 6, semoga berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Kepada yang tidak berjaya melanjutkan pelajar, buat lah sesuatu yang berfaedah seperti mencari pekerjaan, bisnes.

Kepada pelajar part 5, selamat menjalani latihan praktik.

Kepada pelajar yang menjalani latihan praktikal di Selangor dan Johor, selamat membentangkan sistem/projek anda.

0 comments: