Thursday, May 7, 2009

Kerjaya Pilihan Lepasan Graduan Sains Komputer

Pernahkah anda semua terfikir apakah kerjaya pilihan anda sebagai pelajar Sains komputer? Di sini saya akan menjelaskan apakah kerjaya / pekerjaan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT sama ada IPTA atau IPTS.

Mengikut statistik dari Kementerian Pengajian Tinggi, bilangan graduan tersebut melebihi 25 000 orang dari tahun 2001 - 2007. Oleh itu, ramai di luar sana tertanya-tanya dan mempersoalkan apakah kerjaya graduan-graduan tersebut sedangkan pasaran kerja sekarang tidak menentu.

Mengikut laporan dari JobStreet.com [rujukan], pasaran kerja dalam industri IT, Komputer dan Pembangunan Sistem masih lagi mendapat 3 teratas selepas industri Pembuatan dan Elektronik.Ini menunjukkan bahawa peratus popular kerjaya graduan IT & Sains Komputer masih di tahap membanggakan bukan seperti yang diwarwarkan oleh media kebekangan ini.

Mengikut artikel JobStreet.com tersebut, industri pembuatan dan elektronik juga memerlukan kepakaran dari bidang IT atau Komputer. Oleh itu, inilah fakta yang patut dibanggakan seterusnya menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada graduan IT dan Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian, Bioinfomatik, Grafik, Komputer Industri, Sains Maklumat dan sebagainya).

Di sini disenaraikan apakah kerjaya / pekerjaan / jawatan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT :

1. Pengaturcara
Jawatan pengaturcara terdiri dari beberapa istilah contohnya (sumber dari JobStreet.com) Software Developer, Java Developer, .Net Expertise, Web Developer, Multimedia Programmer, Software Engineer (Electronic) dan sebagainya. Bakal pemohon jawatan tersebut perlulah mempunyai kemahiran satu atau dua bahasa aturcara. Anda tidak perlu mahir semua bahasa aturcara dan pemikiran logik serta algoritma perlu tinggi (soft skill pun kena mantap ) untuk melepasi kelayakan dalam temuduga terutamanya syarikat swasta.

2. IT Eksekutif

Jawatan ini sesuai kepada lepasan graduan yang mahir dalam merekabentuk dan menganalisis sesebuah pembangunan sistem. Kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan amat penting kepada seorang bakal IT Eksekutif. Penampilan yang menarik dan mahir bahasa asing (bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun) merupakan bonus dan mempunyai peluang cerah dalam bidang kerjaya tersebut.

3. Jurutera Rangkaian
Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.

4. Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi

Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque - Ipin Upin atau MDC - Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini.

5. Pegawai Teknologi Maklumat

Jawatan popular dalam kerajaan bagi graduan lepasan sains komputer dan IT . Anda perlu memohon jawatan tersebut dari laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Memerlukan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, bijak membuat keputusan dan bertindak dengan efisyen. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan, rangkaian dan sistem maklumat.

Jadi berusaha dan bertawakallah dalam usaha mencapai kerjaya yang anda impikan.Kita kena berusaha di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Jangan menunggu rezeki datang bergolek terus kepada kita.

10 comments:

zfikri said...

Assalamualaikum...

Artikel yang bagus...mungkin boleh membantu mereka yang ingin menceburi bidang IT...
Mungkin ada yang sudi nak menyumbang artikel berkenaan kursus izajah IT di Shah Alam....

Jawatan Kosong said...

Apa JawatanKosongKerjaKosong.com tawarkan?

Terlalu banyak websites menyebarkan jawatan kosong, kerja kosong, jawatan kerajaan. Tetapi kebanyakkannya sudah lapuk dan tidak terkini. Ataupun anda terlambat untuk melihat iklan tersebut dan terlepas peluang.

Jangan sia siakan potensi diri anda untuk mendapatkan pekerjaan terbaik. Daftarkan diri anda dengan JawatanKosongKerjaKosong.com. Kami akan menghantar iklan kekosongan pekerjaan dengan segera kepada anda. Update secepat mungkin kepada anda.


Daftar Sekarang

Anonymous said...

hai....sy nk tnya. sy nih kurang b'cakap @ b'komunikasi ngn org lain. drpd senarai krja yg dinyatakan diatas td, kbnykkannye mm'lukan kemahiran b'komunikasi. jd pd pndpt anda, krje apakah yg sesuai ngn sy? trima kasih

Anonymous said...

sy nak tnya, saya langsung xda basic programming, tp sy ada minat nak blajar tu, awk rsa saya blh angkat x subjek sains komputer ni?

Anonymous said...

sy nak tnya, saya langsung xda basic programming, tp sy ada minat nak blajar tu, awk rsa saya blh angkat x subjek sains komputer ni?

Anonymous said...

kalau tak ada asas pun tak apa. just kalau nak ambil sains komputer kena tabah lah. usaha pun kena berlipat ganda jugak. jangan sesekali give up. tu je :)

lmao said...

saya pelajar lepasan spm 2013 ..
saya nk tnya jgk ,
saya pun tak tau basic programming ni ..
baru2 ni saya ada pohon dan diterima belajar diploma dalam sains komputer kat sabah ..
alhamdulillah la syukur la jgk ..
tpi saya mcm takut sikit sbab saya x tau apa2 psal komputer ni ..
klau buka facebook tu tau la :D
jdi nk tanya ,
susah ke tak blajar sains komputer ni ??

Unknown said...

salam...nak tanye, course ni ade jgak yg jadi lecturer kan???

VIVO Y81I RAM2G (JUAL SHJ) said...

salam...nak tanye..programmer ade cabang tak nak jadi akauntan?

Anonymous said...

Hi. Course accountancy ada termasuk dalam diploma sci & computer.