Monday, June 15, 2009

Blog Ini Untuk Siapa ????

Assalamualikum..
Melihat kepada bilangan "followers" didalam blog ni....saya tertanya...siapakah yang empunya blog ini.???...Semua mereka yang berkaitan dengan CS110 UiTM Melaka (termasuklah pensyarahnya) atau hak kepada "Bekas pelajar-pelajar" nya sahaja..... Saya tidak dapat menetapkannya...kerana yang empunya blog ini adalah golongan "members"nya... jadi merekalah yang akan menentukannya......

Tapi

pandangan dan cadangan saya....

Blog ini terbuka kepada semua warga CS110 UiTM Melaka...bekas2 pelajar (termasuk mereka yang telah berhenti secara tidak rasami - selagi mereka pernah berdaftar sebagai warga CS110 UiTM Melaka ), pelajar dan pensyarah. kenapa ?????

  • Bila ahli ramai , maka meriahlah blog ini....
  • Bila meriah blog ini, maka banyaklah pandangan dan pendapat boleh dikongsi
  • Bila ahli ramai , kita boleh buat duit dengan blog ini....bagaimana???? tanya kepada pensyarah E-business, Cik Fadhlina dan Cik Siti Fatimah...

Sebenarnya , ini adalah salah satu ruang untuk kita mengeratkan silatulrahim antara kita...
Mungkin kita tak perlu sekarang tapi Insya'Allah kita perlu pada masa hadapan...Akan terdapat antara kita akan menjadi "ORANG BESAR" atau orang penting Negara.......

"Network" adalah penting dalam perkerjaan dan perniagaan...so mungkin ini boleh menjadi "paltform" untuk membentuk "network" kita.

Memandangkan , program kita ini masih baru....mungkin ada diantara kita memerlukan maklumat daripada mereka yang senior contohnya Maklumat program2 Ijazah yang dijalan di Shah Alam....so di sini mungkin boleh berkongsi pengalaman dan maklumat.....

Last sekali...senanglah nanti nak minta tolong korang yang dah berkerja nanti..hahahaah :))

Kepada yang akan menduduki peperiksaan Intersesi "Semoga Mendapat Kejayaan Yang Cemerlang".
Kepada yang akan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah.....Selamat Berjaya....

Semoga Blog ini terus meriah...dan ramai-ramailah joint sebgai "follower" untuk blog ini...

Ha ha...Soalan tak berjawab lagi...Blog ini untuk Siapa ????? Siapa nak jawab...? Saya serahkan kepada mereka yang membina blog ini.....Semoga dapat response yang positif.....

Salam Kejayaaan Untuk Semua :))
xkoordinator



2 comments:

Koordinator said...

Assalamualaikum,
Saya rasa blog ini boleh dibuka kepada semua warga CS110 terutama kepada pelajar. Saya berpendapat blog ini sesuai untuk menyalurkan maklumat kepada pelajar atau pun alumni kerana saya dapati ramai follower pun datang daripada pelajar CS110 yang sedang belajar.Tambahan pula masa-masa cuti semester ini, senag saya sebagai koordinator untuk menyampaikan maklumat penting.Tapi ini bergantunglah kepada kebenarannya siapa pengasasnya.

zfikri said...

Salam...
kalau ikut drp bobo...blog ini untuk semua...bukan terhad pd Alumni aje...tak gitu....