Wednesday, June 10, 2009

Tahniah !!!

Assalamualaikum,
Tahniah diucapkan kepada anak sulung Diploma Sains Komputer, UiTM Melaka. Semoga kejayaan kakak-kakak dan abang-abang sulung ini akan menjadikan sumber motivasi kepada adik-adik pelajar yang sedang berjuang untuk mecapai kejayaan di UiTM Melaka.
Teringat saya masa mula-mula pelajar-pelajar sulung masuk ke UiTM Melaka pada November 2005. Kami semua pensyarah Sains Komputer sangat excited, yalah masa tu pertama kali Diploma Sains Komputer diajar di sini. Rasanya masa tu bilangan pelajar sulung ini 21 orang, kalau tak silaplah,(jika salah, tolong betulkan). Bilangan pensyarah CS pun 5 orang masa tu. Betul tak Encik Zainal? Tapi sekarang bilangan pelajar dan pensyarah pun bertambah. Sehingga sekarang, bilangan pelajar adalah 160 orang dan ditambah dengan 16 orang yang telah tamat diploma, manakala bilangan pensyarah CS sekarang adalah 17 orang.

Tahniah kepada Hidayah yang telah mendapat anugerah ANC. Semoga pada semester yang akan datang, akan bertambah bilangan ANC dan juga bilangan AD. Tahniah juga kepada pensyarah -pensyarah yang berjaya mendidik pelajar-pelajar Sains Komputer. Teruskan usaha keras anda dalam mendidik anak bangsa kita. Tidak ketinggalan kepada Encik Zainal, mantan Koordinator CS , tahniah dan terima kasih atas usaha dan sokongan.

Kepada yang baru habis menjalankan latihan praktikal yang lepas dan kemungkinan akan tamat, teruskan perjuangan hidup anda....sama ada untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana muda atau untuk mencari rezeki di luar.

Kepada yang akan meneruskan perjuangan, teruslah berusaha untuk mendapat yang apa yang terbaik dalam hidup anda...mungkin perjuangan anda tidak berhenti di peringkat degree sahaja malah mungkin terus ke peringkat master...atau PHD. Kerana untuk mencari ilmu tidak ada had umurnya dan tidak ada sempadannya. Tidak kiralah ilmu dunia atau ilmu agama.

Kepada yang ingin melangkah ke alam pekerjaan, teruskan usaha anda. Mungkin anda semua boleh bekerja dahulu. Dengan pengalaman bekerja, akan menimbulkan semangat untuk mempertingkatkan taraf hidup anda, dengan itu anda akan menambahkan ilmu. Ilmu yang dipertingkatkan tidak semestinya kita dapat di universiti, malah juga di luar sana. Rebutlah semua peluang yang ada.

Walau bagaimana pun, jangan lupa kepada Allah, agama kita dan juga jasa kedua ibu bapa kita yang bersusah payah menjaga kita daripada kita kecil sehingga kita berjaya sekarang.

Kepada adik-adik pelajar yang sedang berjuang di UiTM Melaka sekarang, berusahalah. Walau apa pun yang anda dapat bila keputusan dikeluarkan, mungkin minggu ini, teruskan. Yang mendapat AD, kekalkan atau tingkatkan lagi. Yang mungkin merosot sedikit, teruskan semangat anda dan tingkat usaha untuk mendapat kepuusan yang lagi baik pada semester akan datang.
Usaha tangga kejayaan. Cuba muhasabah diri, kerana mungkin kita terleka atau terabai dengan perkara-perkara lain. Perkara yang paling penting, ingat kepada Allah, agama dan ibu bapa kita yang bersusah payah untuk mencari duit untuk melihat anda semua berjaya. Tidak kurang juga,pensyarah yang mengajar kita. Dapatkan keberkatan ilmu dengan menghormati ibu bapa dan pensyarah. Malah juga orang-orang di sekitar kita sebagai contoh kakitangan UiTM (daripada Pegawai HEA/HEP hinggalah kerani, malah juga cleaner ), kita perlu hormat, kerana mereka lebih tua kepada kita. Tidak susahkan? Mungkin dengan senyuman atau menghormati waktu kelas dll. :)

Akhir kata, ingat amalan yang diamalkan di UiTM Melaka iaitu :
1. Mesra Ilmu
2. Mesra Ihsan
3. Mesra Alam

Jumpa lagi di UiTM Melaka.


P/S : InsyaAllah, maybe dalam minggu ini, keputusan peperiksaan akan dikeluarkan di Student Portal. So, setelah keputusan peperiksaan dikeluarkan, jangan lupa pula membuat pendaftaran bermula 22 Jun 2009 untuk semester Julai 2009.

1 comments:

Anonymous said...

Kepada Admin Saya Mencadangkan Supaya Letakkan chat rooms. Sila Klik ini
http://www.cbox.ws/admin.php