Friday, June 26, 2009

Ubaidullah Kembali Ke Rahmatullah...Al-Fatihah





Al-Fatihah.....

Ya, Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah hambamu UBAIDULLAH BIN MOHD BASRI.


Ya, Allah! Ampunilah Ubaidullah Bin Mohd Basri , kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah kesalahannya, hormatilah kedatangannya. Luaskanlah tempat persemadiannya; bersihkanlah(mandikan dia dengan air, air batu(sejuk) dan air embun). Sucikanlah dia dari sebarang dosa sebersih kain putih yang dibersihkan dari kekotoran,gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan gantikan ahli keluarganya dengan ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam syurga dan peliharalah dia dari seksa kubur, fitnahnya dan sengsara api neraka. Dengan rahmatMU wahai Yang Maha Pengasih.
Amin Amin, Ya Rabilalamin.

Semoga rohnya dicucuhri rahmat.

Saya terima berita sedih ni dari Hafizul dalam pukul 9 malam (Jumaat, 26/6/2009)....memang memeranjatkan dan menyedihkan.

Arwah dimaklumkan maut selepas dilanggar tayar yang tercabut dari sebuah treler di Kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Nilai ,

Kejadian itu berlaku jam 6.20 petang ketika Ubaidullah Mohd Basri, 21, baru menghidupkan enjin motosikalnya untuk pulang ke kampung di Felda Jelai 1, Gemas, selepas selesai membaiki kereta kakaknya.
Jurucakap polis berkata, kereta dinaiki kakak mangsa yang juga dalam perjalanan pulang ke kampung, rosak ketika tiba di lokasi kejadian menyebabkan Ubaidullah yang menunggang motosikal di belakang kakaknya berhenti untuk membantu.

"Selepas membaiki kerosakan itu, mangsa menghidupkan enjin motosikalnya untuk meneruskan perjalanan apabila tayar daripada treler yang membawa muatan simen di laluan sama tercabut lalu melantun dan melanggarnya menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan patah leher," katanya.(petikan dari berita Minggu 28/6/09)

Arwah adalah pelajar batch ke-2 AreCS dan baru sahaja tamat latihan pratikal. Arwah dijangka menghadiri Majlis Konvo akan datang jika kejadian ini tidak menimpa beliau....takdir menentukan segalanya....


Saya mengambil kesempatan ini, sama-samalah kita beringat semasa membawa kenderaan.



Salam Untuk Semua
xkoordinator

5 comments:

DicKiE aDaMs said...

alfatihah untuk beliau..

ex level mate aku ni..

#TeenageDream# said...

sama2 kte sedekah alfatihah wat arwah..

Aidil said...

al - fatihah utk arwah....

Anonymous said...

smoga dcucuri rahmat..

roslin said...

salam..terima kasih buat semua sahabat2 arwah yang mendoakan kesejahteraan arwah adik saya..al-fatihah untuk arwah..moga Allah membalas jasa baik kalian..amin