Salam...
Terima kasih kepada mereka yang telah sudi datang beraya di rumah saya. Ingatkan tiada yang sudi memandangkan tiada kepentingan....lagi pun kebanyakan daripada mereka telah pun berada di Shah Alam...mungkin susah sikit untuk datang...terutama tentang transport....seronok betul dapat berbual dengan mereka yang telah pun berada di Shah Alam....banyak cerita yg dikongsi terutama FYP (Final Year Project - saya baru tahu akronim ni...)
Hariz , Hanafi dan Hafizi seperti biasa datang awal...mereka adalah tetamu yang saya rasa tak pernah miss datang rumah saya....entahlah esok lusa...thanks.....
Seminggu selepas tu...2 group datang beraya....2nd batch alumni...mereka datang dengan 2+1+1 kereta....ada dari shah alam , ada dari seremban dan ada dari Melaka...Fizul n E-One wakil lelaki..hahaha...E-One dah kerja di MPAG....
Lepas tu 1st Batch alumni pula dengan 2 kereta, saya tahu mereka ada masalah transport....usaha mereka saya sanjung....saya sebenarnya menanti batch ini untuk grade semester ini....Semoga mereka menjadi contoh kepada batch2 yang akan datang...
Saya doakan mereka semuanya berjaya dalam peperiksaan yang akan datang ...kepada mereka yang akan menghadapi FYP , semoga tabah menghadapi kerenahnya...semua itu adalah dugaan....
Akhir sekali pesanan saya , yang tengah bercinta , sahabat taulan dibuang jangan, anda pasti memerlukan mereka suatu hari nanti...
Eratkan Ukhwah,
IbuBapa dilupa jangan
Allah Sentiasa Dihati
zfz
Sunday, October 3, 2010
Alumni Datang Beraya
Posted by AreCS.UiTMMaLacCa at 8:41 PM 3 comments
Monday, September 6, 2010
Selamat Hari Raya
Assalamualaikum....
Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan telah menghampiri penghujungnya, syawal menanti dengan penuh debar untuk muncul. (sebab tak tahu lagi Khamis ke Jumaat). Saya dengan penuh rendah diri mewakili diri dan keluarga saya mengambil kesempatan keberkatan bulan Ramadhan ini ;
Bersamalah Kita Bermaafan
Dalam Berbicara Mungkin Terkasar Bahasa
Dalam Bergurau Mungkin Terlanjur Senda
Dalam Berjanji Mungkin Ada Yang Tidak Terkota
Dalam Perbuatan Mungkin Ada Yang Menyinggung Perasaan
Sekiranya Banyak Kelanjuran
Jari Disusun Mohon Kemaafan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Semoga Disambut Dengan Penuh Keriangan & Keinsafan Bersama Keluarga Tercinta
Maaf Zahir Batin
zfz N Keluarga
Posted by AreCS.UiTMMaLacCa at 4:19 PM 0 comments
Labels: Hari raya
Wednesday, September 16, 2009
Salam Aidil Fitri
Pastinya....konsentrasi kepada kerja telah berkurangan...ramai yang tidak sabar untuk balik ke rumah atau kampung....Kepada mereka yang berada di UiTM Melaka...hari ini adalah hari terakhir untuk minggu ni...walau bagaimana pun ramai yg telah hilang mood semenjak hari Isnin lagi...walaupun Quiz n Test menghambat minggu ni.....Yang bekerja pula....ada yang berminat nak ambil M.C. kot...hahahha...Itulah penangan Hari Raya....

Masa memandu berhati-hati dengan lembu-lembu liar yang memandu dijalanraya..kerana lembu2 ini tidak tahu memberi lampu isyarat semasa membelok, memandu di lorong kecemasan dan memandu dalam keadaan membahayakan pemandu-pemnadu lain. Pastikan anda tidak berjangkit dengan penyakit ini.
Marilah kita sama2 berdoa supaya kita dan keluarga kita dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak diingini dan mendapat kerahmatan semasa menyambut bulan Syawal nanti. Sama-samalah kita bermaafan antara kita, sahabat handai, saudara mara dan ahli kelurga kita.
"Ya Allah Ya Tuhan ku, Tuhan yang Berkuasa Keatas Segala Kejadian , Lindungilah kami dan keluarga kami daripada perkara-perkara yang tidak diingini, Bimbinglah kehidupan kami, Semoga kami mendapat kebahagian Di Dunia dan Di Akhirat, Ya Allah Ya Rahman, Tuhan Ya Pemurah Dan Lagi Maha Pengasih , makbulkanlah doa kami. Amin Ya Rab Bil A'lamin".
Saya mengambil kesempatan ini memohon maaf atas segala pelakuan saya, samada secara sengaja atau tidak , yang menguris hati anda semua samada pensyarah atau pelajar.
Jika ada salah dan silap
Bergembiralah hendaknya
Menyambut hari yang mulia
Bersama keluarga tersayang
Salam Syawal & Kecemerlangan
zfz
p/s jemput datang rumah.....
1 raya di Melaka
2-7 raya di Perak.
Posted by AreCS.UiTMMaLacCa at 1:47 AM 0 comments