Friday, June 26, 2009

Ubaidullah Kembali Ke Rahmatullah...Al-Fatihah





Al-Fatihah.....

Ya, Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah hambamu UBAIDULLAH BIN MOHD BASRI.


Ya, Allah! Ampunilah Ubaidullah Bin Mohd Basri , kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah kesalahannya, hormatilah kedatangannya. Luaskanlah tempat persemadiannya; bersihkanlah(mandikan dia dengan air, air batu(sejuk) dan air embun). Sucikanlah dia dari sebarang dosa sebersih kain putih yang dibersihkan dari kekotoran,gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan gantikan ahli keluarganya dengan ahli keluarganya dengan ahli keluarga yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam syurga dan peliharalah dia dari seksa kubur, fitnahnya dan sengsara api neraka. Dengan rahmatMU wahai Yang Maha Pengasih.
Amin Amin, Ya Rabilalamin.

Semoga rohnya dicucuhri rahmat.

Saya terima berita sedih ni dari Hafizul dalam pukul 9 malam (Jumaat, 26/6/2009)....memang memeranjatkan dan menyedihkan.

Arwah dimaklumkan maut selepas dilanggar tayar yang tercabut dari sebuah treler di Kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Nilai ,

Kejadian itu berlaku jam 6.20 petang ketika Ubaidullah Mohd Basri, 21, baru menghidupkan enjin motosikalnya untuk pulang ke kampung di Felda Jelai 1, Gemas, selepas selesai membaiki kereta kakaknya.
Jurucakap polis berkata, kereta dinaiki kakak mangsa yang juga dalam perjalanan pulang ke kampung, rosak ketika tiba di lokasi kejadian menyebabkan Ubaidullah yang menunggang motosikal di belakang kakaknya berhenti untuk membantu.

"Selepas membaiki kerosakan itu, mangsa menghidupkan enjin motosikalnya untuk meneruskan perjalanan apabila tayar daripada treler yang membawa muatan simen di laluan sama tercabut lalu melantun dan melanggarnya menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan patah leher," katanya.(petikan dari berita Minggu 28/6/09)

Arwah adalah pelajar batch ke-2 AreCS dan baru sahaja tamat latihan pratikal. Arwah dijangka menghadiri Majlis Konvo akan datang jika kejadian ini tidak menimpa beliau....takdir menentukan segalanya....


Saya mengambil kesempatan ini, sama-samalah kita beringat semasa membawa kenderaan.



Salam Untuk Semua
xkoordinator

Thursday, June 18, 2009

BERITA TERKINI!!!!!!!

I kan nak share something la ngan u all smua ni(speaking plak..huhu)..mesej ni untuk kepada student2

  • yang rase diri da xleh nak blaja or sambung degree lg
  • otak da tepu,xmampu nak masukkan lg ilmu di dada(haha.padehal malas)
  • AMAT BERMINAT untuk berniaga dan menjadi salah seorang usahawan yang berjaya
  • sanggup bersusah payah dahulu,sebelom senang di hari tua
  • ingin berbakti pada agama,bangse,dan agama(jadi orang la senang cerite)

kalu korang ade ciri2 seperti yang dinyatakan diatas,anda adela calon yang amat seswai untuk menjadi calon TUNAS MEKAR(TM),UiTM Malaysia..

korang nak taw TM ni ape x?korang g la laman web ni je.aku nak crite pon 2hari 8 malam pon x abeh - http://www2.uitm.edu.my/hep/ppusa/..

Wednesday, June 17, 2009

BuZZ!!!BuZZ!!BuZZ!!

Wassup!!Wassup!!

Pekabo kepada anda smua yang ade kat lua sane..harap chat2 la smua yea.lame rasenye x melawat blog ni..almaklum la,bz je manjang skrang ni..nak kejar title dato' la katekan..huhu.ble da lame x bukak,semakin meriah plak blog ni.bagus2,yang penting ade peningkatan walaupon sdikit.tu target kiye sbenarnye..kalu x,ade la mamat sorang tu ngan encik zainal jadi pengkomen tetap dlm blog ni..haha.papepon,truskan usaha anda.x lupe ucapan tahniah kepada abe2 ensem n akak2 cute n anggun CS110 melaka - DIS 2005 yg da graduate ritu.kepada adek2,kamon bebeh,follow them!!blog kite ni bebas pon.xde had kategori pape.so,sape2 yang nak crite pasal family die ker,parents,korang g holiday ke,ilmu pngetahuan yang korang dapat ke kan,meh la share.kami sedia memberi komen(mybe kutukan dan cacian..hahaha).tngk akak odah kite,slamber2 je letak gmbr die bnyk2..bgos la tu kan.nal letak smua pon xpe.naseb baek la ko cute odah...(odah,up ckit royalty.KPC yea.hahaha)...TAPI,pasal BOYPREN GELPREN xde dalam ni yea!!harap maap,gado plak nnti..huhuhuhuhu(cam trase je)..so,anyway,kpade yang dpt smbung deg kat uitm shah alam,WELCOME la..korang lalu tepi aku jgn plak x tegur ye..snyum pon da ckup tnde kite igt pade seseorang..n ingatan ckit,deg ni agak laen dari diploma.ape yang laen??care korang blaja n spend mase kat study tu ubah2 la ckit..k?
korang rase la sndri nnti yea

ps*tringat cucuq alor gajah yg slalu dibelanje oleh ayahande kite-en.zainal..huhu! LENDU,i miss u laa!!

Makluman Untuk Mohon PTPTN

Assalamualaikum,

Di sini saya ingin berkongsi maklumat menegnai tarikh tutup permohonan PTPTN . maklumat ini saya dapat daripada HEP, UiTM Melaka

KELOMPOK 1 (IPTA/POLITEKNIK)
Tarikh Tutup Permohonan : 25/06/2009
Tarikh Proses : 26/6/2009 - 02/07/2009
Tarikh Kelulusan Permohonan : 03/07/2009



KELOMPOK 2 (IPTA/POLIKTEKNIK/KTAR)
Tarikh Tutup Permohonan : 19/07/2009
Tarikh Proses: 20/7/2009 - 24/7/2009
Tarikh Kelulusan Permohonan: 27/7/09


TARIKH PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN SECARA ON-LINE

Sila rujuk : http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

Jadi,ambillah peluang ini dan ambillah tips-tips daripada senior sebagai panduan.


Tips kpd yg nk sambung degree

assalamualaikum...
Post ni sy tujukan kpd junior2 yg baru shj dpt tawaran in degree in Shah Alam..
congratulations 2 all of u...
Kat cni ade beberape tips utk korg..

1)Kat dlm surat tawaran tu mmg die ade ckp kolej x disediakan..Tp mase hari pendaftaran tu die ade bukak kaunter utk apply kolej..insyaallah boleh dpt...Tp kene cepat la..So sesiapa yg blom dpt cari rumah sewa boleh apply.

2)Kpd yg nk apply utk PTPTN, korg kene bukak akaun SSPN..Korg pg kat Bank Islam/BSN bwk fotostat IC (kalau x silap) pg kat kaunter ckp nk buat akaun sspn,isi form n byr deposit die RM20.

3)Beli no pin untuk apply PTPTN online di BSN..RM20 jugak..


4) Pls refer http://www.ptptn.gov.my kalau x silap kelompok pertama tu, tarikh tutup die 26hb ni..tp x sure..

5)Kpd yg belum buat medical check up tu baik buat skrg..kalau x sempat die bg mase dlm 2 minggu lepas daftar...my advise is jgn bazir duit buat kat swasta.. lebih baik sementara ade mase ni korg g buat kat kerajaan je..

tu je kot..any questions pls ask.

Monday, June 15, 2009

Blog Ini Untuk Siapa ????

Assalamualikum..
Melihat kepada bilangan "followers" didalam blog ni....saya tertanya...siapakah yang empunya blog ini.???...Semua mereka yang berkaitan dengan CS110 UiTM Melaka (termasuklah pensyarahnya) atau hak kepada "Bekas pelajar-pelajar" nya sahaja..... Saya tidak dapat menetapkannya...kerana yang empunya blog ini adalah golongan "members"nya... jadi merekalah yang akan menentukannya......

Tapi

pandangan dan cadangan saya....

Blog ini terbuka kepada semua warga CS110 UiTM Melaka...bekas2 pelajar (termasuk mereka yang telah berhenti secara tidak rasami - selagi mereka pernah berdaftar sebagai warga CS110 UiTM Melaka ), pelajar dan pensyarah. kenapa ?????

  • Bila ahli ramai , maka meriahlah blog ini....
  • Bila meriah blog ini, maka banyaklah pandangan dan pendapat boleh dikongsi
  • Bila ahli ramai , kita boleh buat duit dengan blog ini....bagaimana???? tanya kepada pensyarah E-business, Cik Fadhlina dan Cik Siti Fatimah...

Sebenarnya , ini adalah salah satu ruang untuk kita mengeratkan silatulrahim antara kita...
Mungkin kita tak perlu sekarang tapi Insya'Allah kita perlu pada masa hadapan...Akan terdapat antara kita akan menjadi "ORANG BESAR" atau orang penting Negara.......

"Network" adalah penting dalam perkerjaan dan perniagaan...so mungkin ini boleh menjadi "paltform" untuk membentuk "network" kita.

Memandangkan , program kita ini masih baru....mungkin ada diantara kita memerlukan maklumat daripada mereka yang senior contohnya Maklumat program2 Ijazah yang dijalan di Shah Alam....so di sini mungkin boleh berkongsi pengalaman dan maklumat.....

Last sekali...senanglah nanti nak minta tolong korang yang dah berkerja nanti..hahahaah :))

Kepada yang akan menduduki peperiksaan Intersesi "Semoga Mendapat Kejayaan Yang Cemerlang".
Kepada yang akan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah.....Selamat Berjaya....

Semoga Blog ini terus meriah...dan ramai-ramailah joint sebgai "follower" untuk blog ini...

Ha ha...Soalan tak berjawab lagi...Blog ini untuk Siapa ????? Siapa nak jawab...? Saya serahkan kepada mereka yang membina blog ini.....Semoga dapat response yang positif.....

Salam Kejayaaan Untuk Semua :))
xkoordinator



PENDAFTARAN KURSUS BERMULA 22 JUN 2009

Assalamualaikum,
Keputusan peperiksaan telah dikeluarkan. So tahniah kepada semua. Walau apa pun keputusan anda dapat, perlu tingkatkan lagi usaha anda. Walaupun mungkin ada pelajar yang keputusannya tidak memuaskan, perbaiki diri anda dan teruskan usaha untuk meningkatkan keputusan.Kepada pelajar yang mendapat AD, kekal prestasi anda dan boleh dipertingkatkan lagi.

Jangan lupa untuk membuat PENDAFTARAN KURSUS BERMULA 22 JUN 2009 ini. Yang mempunyai masalah bolehlah berjumpa Koordinator Program.

Bagi pelajar yang akan menjalani latihan praktikal, jangan lupa membuat pendaftaran. Selamat Berpraktikal dan menempuh alam pekerjaan.


Jumpa lagi di UiTM Alor Gajah.